• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Ucapan Presiden PMRAM '08

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah s.w.t :
" Berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah…"
-surah Ali 'Imran-

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Tercinta, Muhammad s.a.w, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah s.w.t.

Perpaduan Teras Kejayaan yang merupakan tema bagi Perayaan Kemerdekaan kita pada tahun ini merupakan satu tema yang amat selari dengan ajaran Islam dalam konteks kecintaan terhadap tanah air. Fenomena demi fenomena yang berlaku khususnya di negara kita mengajak kita semua bersatu dalam mencapai kejayaan yang agung khusunya dalam ruang lingkup yang utama iaitu amal makruf nahi mungkar. Mana mungkin kejayaan dalam melonjakkan Islam ke kemuncaknya dapat dicapai dengan usaha berseorangan. Maka, tidak dapat tidak seruan ke arah bersatu menjadi suatu kewajipan bagi diri mereka yang bergelar muslim.

Bagi kita di sini, PMRAM yang merupakan persatuan induk di bumi mesir ini bagi anak-anak melayu Malaysia turut menyahut seruan tema kemerdekaan dalam pelaksanaan setiap pogram yang dijalankan. Di antara kepentingan thaqafah dan ilmu, pertimbangan dalam meraikan setiap kemahuan ahli juga mempunyai salingan di antara kedua-duanya. Pelbagai pogram samada berbentuk ceramah, tazkirah dan sukan adalah untuk semata-mata menyatukan ahli atau dengan erti kata yang lain iailah perpaduan. Kesepaduan di antara ahli yang mempunyai minat dan kemahuan yang berbeza diraikan oleh PMRAM. Hal ini demikian perpaduan bukan hanya setakat berlegar dalam masjid sahaja malah di padang dan di rumah. Lihat sahaja sirah Rasulullah s.a.w dalam sirah hidupnya yang agung menjadi contoh kepada kita bagaimana perpaduan Islam itu boleh terbentuk. Dan akhirnya, dengan perpaduan yang dibentuk tersebut, Islam menjadi agung di mata dunia.

Akhir kalam, saya selaku Presiden PMRAM pada tahun ini mengajak semua ahli khususnya untuk kita sama-sama turun padang dalam menjayakan semua pogram yang dianjurkan bagi merealisasikan 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah' dalam kita turut sama mengejar ke arah perpaduan dalam mencapai kejayaan bersama. Semoga dengan EGP 08 PMHK ke-51 dalam membuahkan hasil yang bermanfaat bersama.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top