• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Pengenalan Ekspo Gempak PMRAM

Sebagaimana kebiasaannya, pada tanggal 31 Ogos setiap tahun rakyat Malaysia tidak kira dimana sahaja berada pasti akan menyambut hari kemerdekaan negara yang tercinta. Justeru kita selaku mahasiswa/ wi Al-Azhar yang juga merupakan rakyat Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari yang penuh gilang gemilang ini setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang Islam yang telah menumpahkan darah demi mendaulatkan negara dari terus dicengkam oleh penjajah.

Oleh itu, nikmat kemerdekaan ini haruslah disyukuri dan dihayati oleh generasi yang akan mewarisi amanah kepimpinan negara. Maka, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi Malaysia merasakan tanggungjawab untuk menganjurkan program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (EGP 09) sebagai penghayatan erti kemerdekaan di kalangan mahasiswa/wi. Semoga program EGP 09 ini mendapat petunjuk dan keredhaan Allah s.w.t demi melahirkan generasi ulama yang bakal mengisi kemerdekaan negara Malaysia.

Semoga EGP 09 yang akan berlangsung pada kali ini dapat berjalan dengan jayanya hasil daripada kesungguhan, tawakal yang tinggi dan penggemblengan kekuatan jua paduan tenaga daripada pihak penganjur, para peserta dan ahli-ahli PMRAM keseluruhannya. Ayuh ! kukuhkan ikatan ukhuwwah sesama kita demi perpaduan yang murni dan kesatuan yang sering kita laung-laungkan. Buktikan kita mampu untuk mendepani era globalisasi berlandaskan tuntusan syariat.

Semoga dengan usaha ini, PMRAM dapat menarik ahlinya menghayati Islam secara syumul dan global. Inilah tujuan yang sepatutnya ditanam di dalam hati manusia tanpa mengira individu. Bagaimanakah seorang pendakwah ingin mengajar manusia kepada Islam sekiranya empunya diri tiada Ilmu? Oleh itu ilmu memainkan peranan penting di dalam selok belok perjuangan bagi pendakwah.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top