• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Laporan Perjalanan Program EGP 08 bagi pihak Ikhwah

Win Lose And Draw

"Amat Menggalakkan"
Pasukan yang mewakili zon A dengan jumlah pungutan 24 mata barjaya mendahului pasukan daripada zon D dengan pungutan 22 mata dalam pertandingan ini. Manakala pasukan dari zon B dan zon C masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Bermula jam 2.45pm dan berakhir pada jam 3.30pm. Pihak hakim memberi ulasan bahawa penyertaan pada kali ini amat menggalakkan daripada peserta. Harapan hakim agar para peserta pada masa-masa akan datang supaya lebih berdisplin dan dapat menampilkan ciri-ciri sebagai seorang Azhari.


Deklamasi Sajak

"Bahasa Kurang Puitis"
"Bahasa kurang puitis" itulah kata-kata Ustaz Mohd Rizal selaku hakim pertandingan Mendeklamasi Sajak pada kali ini. Peserta daripada zon D, Ustaz Mohd Effendy Baharin daripada Shoubra berjaya merangkul gelaran juara, manakala Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A menyandang naib johan. Selain itu hakim bahagian gaya persembahan dan intonasi, Ustaz Zuhaili mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang menjadikan puisi sebagai medan untuk berdakwah. Justeru Ustaz Syafiq Zulakifli selaku ketua hakim pertandingan mendeklamasi sajak pada kali ini berharap agar para peserta dapat memantapkan lagi daripada segi bahasa puisi agar lebih puitis. Walaubagaimanapun, penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan iaitu seramai 6 orang. Masing-masing mewakili zon A,B,C dan D. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.


Debat Ala Parlimen

"Prestasi Peserta Meningkat"
Bertemakan "Ekonomi Berasaskan Pertanian Lebih Menjamin Masa Depan Negara"
debat ala Parlimen peringkat akhir yang berlangsung sempena Ekspo Gempak PMRAM 08 menampilkan zon C selaku pihak kerajaan berjaya melayakkan diri sebagai juara apabila berjaya menewaskan zon A selaku pembangkang. Walaupun penyertaan acara debat kali ini agak suram, namun prestasi para peserta meningkat dan bertambah baik. Begitulah kata-kata ulasan daripada Ustaz Mohd Hafiz Mahmud selaku ketua juri hakim debat ala parlimen pada kali ini. Justeru, pihak juri kehakiman mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang dapat mempersembahkan hujjah dengan lebih baik dan relevan. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam tujuh petang.


Acara Padang

"Meriah"
Sabtu, 16.08.08, Dataran Hayyu Asyir- Bahang dan kemeriahan acara padang sempena EGP 08 sangat terasa disebabkan komitmen dan penyertaan daripada peserta sendiri amat menggalakkan. Walaupun banyak acara-acara yang terpaksa dimansuhkan berbanding tahun lepas memandangkan kesuntukan masa dan kepadatan jadual program, namun para peserta daripada setiap zon iaitu zon A, B, C serta D tetap memberikan kerjasama dengan baik.
Antara acara padang yang dipertandingkan ialah futsal dan bola tampar. Dua acara ini adalah diantara acara yang paling meriah pada kali ini. Dan permainan ini dipertandingkan mengikut sistem liga. Selain itu acara sukaneka tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi acara padang sempena EGP 08 kali ini. Acara kail botol, jejak kejaka dan sepak raga bulatan antara acara sukaneka yang sempat dipertandingkan pada hari tersebut.

Dalam acara kail botol, zon B merangkul juara manakala naib juara disandang oleh zon C. Sementara juara dalam acara Jejak Jejaka pasukan yang berjaya mengenepikan cabaran zon lain ialah pasukan dari zon D, manakala naib juaranya pula disandang oleh kumpulan zon C. Acara sepak raga bulatan pula keputusannya masih lagi dalam perkiraan oleh pihak juri pertandingan.
Kemeriahan acara padang lebih terserlah dengan kehadiran dan penambahan pasukan iaitu dari Kemboja, Arma serta Bait Muslim. Gelangang futsal menyaksikan tiga pasukan yang mewakili setiap zon beradu tenaga untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat seterusnya. Keputusan pertandingan peringkat saringan berpihak kepada pasukan Bunga Raya, Cempaka dan Orkid untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Ustaz Jamal Jamaluddin Sulaiman selaku ketua eksekutif padang EGP 08 mengharapkan agar tautan ukhuwah akan lebih erat dikalangan para peserta.


Tilawah Al-Quran

"Perbaiki mutu bacaan"
Ahad, 17.08.08, Rumah Kedah Hayyu Asyir – “Kebanyakan peserta kurang memahami dari segi aspek mutu bacaan, iaitu tajwid mahupun fasohah”. Kata-kata ketua hakim yang mengendalikan ujian tilawah pada kali ini. Johan tilawah Al-Quran disandang oleh Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A.

Seramai tiga orang peserta yang menyertai tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dibawah Program Ekspo Gempak PMRAM 08 (EGP) bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke- 51. Masing-masing mewakili zon A, B dan C.

Ujian tilawah Al-Quran ini bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 10.00am. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juara Akademi Al-Quran (AQ) musim pertama, iaitu Ustaz Abdullah Fahmi.


Pantun

“Pemakaian kurang sesuai dengan tema”
Isnin, 18.08.08, Dataran Hayyu Asyir – Dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 252 markah, zon D mampu mengalahkan pasuskan pemantun dari zon A yang mendapat pungutan markah sebanyak 198 markah. Pertandingan akhir pesta berbalas pantun ini dikendalikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli dan dihakimi oleh tiga orang hakim-hakim yang berkaliber.

Walaubagaimanapun, satu teguran yang membina daripada juri hakim mengenai persembahan iaitu daripada Ustaz Mohd Rizal Abd Wahab yang mengatakan, “persembahan dan pemakaian peserta pada kali ini kurang sesuai dan tidak mengikut tema pertandingan, selain itu gaya intonasi yang tidak sejajar dengan gaya persembahan merupakan alasan-alasan daripada pihak juri hakim teragak-agak untuk memberikan markah kepada para peserta ".

Harapan yang menggunung daripada juri hakim sendiri agar para peserta pada masa akan datang menggunakan bahasa-bahasa pantun yang kreatif dan bentuk-bentuk soalan pantun yang sejajar mahupun bertepatan dengan tahap pemikiran mahasiswa. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 4 petang.


Nasyid

"Juara bertahan kekal juara"
Selasa, 19 Ogos 2008, Dataran Hayyu Asyir - Juara nasyid tahun lepas kekal bertahan sebagai juara pada tahun ini. Wakil kumpulan nasyid dari negeri Selangor itu mendendangkan dua buah lagu yang bertemakan sempena hari kemerdekaan pada tahun ini. Pertandingan nasyid pada kali ini disertai dari beberapa buah negeri mahupun muhafazah sendiri. " Walaupun terdapat saingan sengit terutama wakil dari negeri Kedah dan Mansurah, kami sememangnya telah menjangka kemenangan ini kerana perancangan dan persediaan yang dirancang daripada awal lagi ", kata wakil daripada juara nasyid EGP 08. Katanya lagi harapan agar irama nasyid akan terus berkembang di bumi mesir ini. Pertandingan nasyid sempena EGP 08 ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top