• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Acara Dewan KEKAL '10

Acara-acara yang dipertandingkan di Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10) adalah seperti berikut:


  1. Dam Aji
  2. Catur
  3. Khat
  4. Debat Ala Parlimen
  5. Video Promo Kontinjen
  6. Batu Seremban
  7. Congkak
  8. Musang Berjanggut
  9. Jawab Soalan Dengan Soalan
  10. Siapa Saya?
  11. Kuiz Kenali Pmram
  12. Win Lose And Draw
  13. Reka Cipta Syaqah Pmram
  14. Pantun
  15. Nasyid
Sebarang Permasalahan Sila Hubungi :

  • Eks. Acara Dewan: Mohd Amirul Amin Bin Othman (Siswa) : +20114321128
  • Timb Eks. Acara Dewan: Zakiatun Nazneen Binti Abdul Hannan (Siswi) : +20113482173

Kemunculan Krew al-Fityan di Pameran KEKAL '10

Apa erti 80 tahun PMRAM

Dipetik daripada Teratak Azhari

Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.

Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top