• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Iklan Pertandingan Motor Tercantik Kali Kedua

Sejarah Kita: Kegemilangan yang Tidak Ternoktah

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) menelusuri aluran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap untuk menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.

1923
  • 14 September: Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa. Dua orang perwakilan dihantar ke persidangan di Jerussalem iaitu Abu Bakar al-Ashari (Tanah Melayu) dan Abdul Muzakkir (Indonesia).

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top