• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 2)

.........

Undur sekejap, sebab ada tertinggal point penting yang melibatkan jasa PMRAM dalam menyuarakan sokongan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.
  • 1955 : Menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Tahun yang sama, HEWI PMRAM ditubuhkan.
  • 1971 : Nama PMRAM diguna pakai secara rasmi.
  • 1972 : Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah.
  • 1980 : Bermula era pemesatan kegiatan dakwah di dalam PMRAM dengan pelbagai aktiviti dakwah dijalankan.
  • Pihak JPM menyekat bantuan kewangan kepada PMRAM. Namun, program PMRAM tetap diteruskan dan para ahli sanggup berkorban menghabiskan wang dalam menjayakan program PMRAM.
  • 1982 : Ucapan Yang Dipertua PMRAM, Saudara Ghazali Said dalam satu majlis yang menyatakan dan menyeru kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh.
  • 1983 : Menyertai Perayaan sempena 1000 tahun Al-Azhar dengan kerjasama kedutaan.
  • 1991 : Penghataran siswi seramai 18 orang ke Iskandariah.
  • 1992 : PMRAM menolak dan membantah penubuhan baru PPMM. Tercetus demonstrasi aman ekoran daripada penubuhan tersebut.
  • Kedutaan memutuskan hubungan dengan PMRAM dan PMRAM tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di ARMA.
  • Kedutaan memalang pintu masuk ARMA. PMRAM mengadakan demontrasi untuk menuntut hak-hak kembali.
  • PMRAM mengadakan majlis konvokesyen kali yang pertama.
  • 1993 : PMRAM mengemukakan resolusi dalam Kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar bahawa kerajaan mesti berlaku adil kepada mahasiswa Malaysia.
  • 1995 : PMRAM dihalau daripada ARMA atas alasan pembaikpulihan.
  • Konvensyen kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan.
..............

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 1)

Oleh Abezuh

Sehari dua ini, alhamdulillah diberikan keizinan untuk membentangkan sejarah PMRAM walaupun saya bukanlah pakar atau pengkaji sejarah PMRAM yang selayaknya. Namun kelebihan berada di dalam PMRAM selama 3 tahun, memberikan sedikit thaqafah berkaitan sejarah PMRAM.

Saya bukan nak menceritakan sejarah PMRAM secara penuh di sini atau mengulas kronologi tahun-tahun yang bersejarah. Cuma sebagai mereka yang sayangi PMRAM sejarah yang dibentangkan kepada kita atau kita direct membacanya, jangan hanya sekadar bersedap-sedapan di telinga sahaja.

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top