• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Rasa meriah jika sertai KEKAL’

Rasa meriah jika sertai KEKAL’

HAYYU ASYIR, 2 Ogos - “Kita akan rasai kemeriahannya sekiranya kita sertai KEKAL ini,” kata ahli jawatankuasa pelaksana, Ustazah Fatimah Khairudin apabila ditanya mengenai suasana acara dewan pada hari ini.

Menurutnya lagi, acara pada hari ini mendapat sambutan dengan penyertaan penuh dari semua kontinjen. Namun masalah masa masih perlu dititikberat oleh para kontinjen bagi melancarkan perjalanan program.

Seorang kontinjen Zaqaziq dikejarkan ke hospital

'Asyir, 1 Ogos - Seorang peserta daripada kontijen Zagazig mengalami patah tulang di lengannya ketika menyertai acara “Gusti Lengan secara Liga”. Peserta terbabit yang menyangka hanya terseliuh kemudiannya dikejarkan ke hospital. Pihak hospital mengesahkan bahawa tulangnya di bahagian lengan telah patah. Walau bagaimanapun peserta tersebut selamat menerima rawatan dengan tangannya disemen dan kini berada dalam keadaan stabil.

Warta PMRAM - Edisi Khas 80 Tahun PMRAM

Kuasa Usaha Sementara KBMK Memuji PMRAM

DATARAN HAYYU ASYIR, 1 Ogos - Bertemakan “Menelusuri Sejarah Mencambah Mahabbah”, Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL) yang telah diadakan semalam bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ) ke 53 berjaya dilaksanakan.

Persembahan atau pertunjukkan motor yang diketuai oleh Saudara Jamal Najmuddin menjadi permulaan awal agenda perasmian yang memukau para hadirin. Ini kerana ragam motorsikal yang berkuasa tinggi itu sememangnya jarang dimiliki oleh sebahagian penuntut Malaysia di sini.

Wacana 4 Presiden malam ini

Antara aturcara KEKAL '10 yang menarik pada malam ini ialah:-

Wacana 4 Presiden

Moderator:
Ustaz Mujahid bin Mohd Fadzil

Ahli panel:
1- Ustaz Shahrizan bin Hazimie
(Presiden PMRAM 2010)

2- Ustaz Khairul Anuar bin Ismail
(Presiden PMRAM 2008)

3- Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain
(Presiden PMRAM 2006 dan 2007)

4- Ustazah Norhafiza binti Abdul Wahab
(Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010)

HEWI PMRAM libatkan diri dalam acara sukaneka

MUSALLAS, 1 Ogos – Hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian KEKAL ’10 di sebelah siswi pada hari pertama pasti teruja dengan persembahan senaman aerobik oleh barisan HEWI PMRAM diikuti para kontinjen. Bukan sekadar itu, satu lagi persembahan iaitu persembahan silat oleh srikandi silat Mansurah turut mencorakkan suasana yang menggembirakan dalam majlis berkenaan.

Sukaneka sesi pertama yang bermula sekitar pukul 10.00 pagi diisi dengan pelbagai sukaneka dan permainan.. Acara sukaneka tersebut yang menyaksikan semua kontinjen terlibat dimeriahkan lagi dengan penglibatan HEWI angkat setiap BKAN dan Cawangan PMRAM.

Sesi pertama tersebut berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dan pada jam 2.00 petang, sukaneka sesi kedua diteruskan dengan baki permainan dan selesai sekitar pukul 4.30 petang.
 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top