• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Keputusan Penuh Pertandingan EGP '09!

------------------------
Ikhwah [ Padang ]
------------------------
= Sepak Takraw
( Johan ) Negeri Sembilan
(Naib Johan ) Melaka

= Bola Tampar
( Johan ) Damanhur
( Naib Johan ) Dumyat

= Ping-Pong
( Johan ) Selangor
( Naib Johan ) Terengganu

Keputusan Terkini Kejohanan Outdoor EGP '09

Kejohanan Sepak Takraw





Keputusan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Sempena Ekspo Gempak PMRAM '09

Separuh Akhir

Melaka(2) vs Pahang(0)

Negeri Sembilan(2) vs Kemboja(0)

Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

Kemboja(2) vs Pahang(0)

Akhir

Negeri Sembilan(2) vs Melaka(0)

Keputusan Pertandingan Foto Kreatif

Johan Pertandingan Foto Kreatif
Nama : Mohd Firdaus Bin Masnan
Kuliah : Usuluddin Al Azhar Tanta
Tajuk Gambar : Membaca Amalan Mulia



Naib Johan Pertandingan Foto Kreatif
Nama : Mohd Firdaus Bin Masnan
Kuliah : Usuluddin Al Azhar Tanta
Tajuk Gambar : budakbaik photogroup sillhouttes di Azhar Park



Ketiga Pertandingan Foto Kreatif
Nama : Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan
Kuliah : Syariah Wa Qanun, Syukbah Syariah Islamiyyah, Tahun 3 Kaherah
Tajik Gambar : Matahari Menyelinap

Keputusan Pertandingan Logo Dan Grafik Macho

Johan Pertandingan Logo EGP '09
Nama : Wan Ahmad Hanif Bin Wan Mohamed @ Adnan
Kuliah : Bahasa Arab Kaherah


Naib Johan Pertandingan Logo EGP '09
Nama: Mohd Akhmal Mohd Ali @ Atan
Pengajian: Tahun 4,
Kuliyah Syariah Wal Qanun,
Jabatan Syariah Islamiah
Universiti Al Azhar, Kaherah.

Johan Pertandingan Grafik Macho
Mohd Firdaus Bin Ahmad (Damanhur)



Naib Johan Pertandingan Grafik Macho
Muhamad Zul Ikhwan Bin Zahari
Tahun Satu
Takhassus Al Quran Dan Qiraat, Shoubra

Pengisian Ilmiah Sepanjang EGP '09

Sila Klik Pada Full Story

Membeli Sambil Menderma Di Pameran Prosma

Sila Klik Pada Full Story

Karnival Outdoor Ekspo Gempak


Sila Klik Pada Full Story...

Muat turun borang-borang dan syarat-syarat bagi setiap acara padang. Klik di sini

Tempahan Tender Bazar Ekspo Gempak '09

Pertandingan Menarik Untuk Disertai



Kriteria Setiap Penyertaan :

1. Pertandingan Mencipta Logo EGP '09
- Penyertaan terbuka kepada umum
- Bertemakan kemerdekaaan dan kesatuan
- Mesti ada salah satu simbol yang melambangkan PMRAM
- Bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan tahun 2009
- Saiz logo standard A4
- Resolution 300
- Warna adalah bebas (mengikut kreativiti peserta)

2. Pertandingan Grafik Macho
- Penyertaan terbuka kepada umum
- Bercirikan sebuah poster
- Bertemakan kemerdekaan @ perpaduan dan kesatuan
- Saiz A4
- Warna adalah bebas (mengikut kreativiti peserta)

3. Pertandingan Fotografi (gambar kreatif)
- Penyertaan terbuka kepada umum samada secara individu atau berkumpulan
- Gambar yang dirakam mestilah asli tanpa menggunakan mana-mana perisian untuk menambahkan kesan pada gambar
- Setiap penyertaan boleh menghantar tidak lebih daripada tiga keping gambar sahaja
- Setiap gambar perlu menyediakan tajuk yang bersesuaian dengan gambar yang dirakam
- Konsep dan tema gambar adalah bebas
- Gambar yang dikirim mestilah gambar yang belum pernah memenangi mana-mana pertandingan fotografi atau disiarkan oleh mana-mana penerbitan
-Gambar boleh dirakam secara individu atau berkumpulan

4. Pertandingan Video PMRAM
- Penyertaan terbuka kepada umum
- Bertemakan 'KITA PMRAM'
- Panjang maksimum adalah 10 minit
- Konsep dan susunan video adalah bebas (mengikut kreativiti peserta)
- Boleh menggunakan mana-mana perisian(software adalah bebas)

5. Pertandingan Video/Slideshow (tambahan untuk akhawat sahaja)
- Penyertaan terbuka untuk akhawat sahaja
- Bertemakan kemerdekaan
- Panjang maksimum adalah 10 minit sahaja
- Konsep dan susunan video adalah bebas (mengikut kreativiti peserta)
- Boleh menggunakan mana-mana perisian(software adalah bebas)

Penyertaan dan penilaian
- Eksekutif Promosi dan Penerbitan akan melantik panel-panel bebas bagi menentukan penyertaan yang layak memenangi setiap kategori pertandingan.
- Semua keputusan panel penilai adalah muktamad
- Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat serta melanggar etika Islam tidak akan dinilai dan akan ditolak

Pertanyaan dan Penghantaran
- Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh dirujuk terus kepada Eksekutif Promosi dan Penerbitan :

Muhamad Zul Ikhwan Zahari (011-6312407)
Juita Nurani Che Musa (011-51525039)

- Setiap penyertaan boleh dihantar melalui Eksekutif Promosi dan Penerbitan, Muhamad Zul Ikhwan Zahari (011-6312407) /Juita Nurani Che Musa (011-51525039)

atau terus melalui emel rasmi EGP PMRAM '09

ekspogempakpmram@yahoo.com

Hadiah Menarik Menanti Anda!!!

Ekspo Gempak PMRAM 2009


Ekspo Gempak PMRAM Sempena Perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan Kembali!!!


Tentatif EGP '09

---------------------------------------------------
Sabtu - 8 Ogos 2009 ( Hari Pertama )
---------------------------------------------------
[ Acara Ikhwah ] Hayyu Asyir
7.00 Pagi:
- Kejohanan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping-Pong.

6.00 Petang:
- Bersurai

[ Acara Akhawat ] Nadi Syabab di Hayyu Asyir
7.00 Pagi:
- Pendaftaran
- Ucapan Perasmian
- Pertandingan Bermula
- Kawad Kaki
- Lintas Hormat ( Perbarisan )
- Bola Tampar
- Bola Jaring

Sukaneka
- Untukmu PMRAM
- Dekat Padamu
- Suara Alam
- Sayangku Sayang
- Lumba Lari 4X100
- Islamic Circle
- The Busy Architect
- Bola Beracun
- Sponge Bom
- Bersamamu
- Tali Panjang
- Bola Sudu
- Tawaf

12.00 - 1.00 Tengahari:
- Penyampaian Hadiah


[ Acara Umum ] Dataran Asyir
8.00 Malam: Majlis Perasmian Pembukaan EGP '09
- Ucapan Perasmian
- Konvoi Motorsikal
- Perbarisan Kontijen
- Pertunjukan Bunga Api
- Persembahan Silat dan Taekwondo
- Kibaran Jalur Gemilang dan lain-lain kali.


---------------------------------------------------
Ahad - 9 Ogos 2009 ( Hari Kedua )
---------------------------------------------------
[ Acara Ikhwah ] Hayyu Asyir
7.00 Pagi:
- Sambungan kejohanan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping-Pong.

8.00 Pagi:
- Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris (Rumah Selangor)
- Pertandingan Tilawah Al-Quran (Rumah Kedah)
- Pertandingan Pembentangan Kertas Kerja (Rumah Terengganu)

2.00 Petang:
- Pertandingan Debat Pusingan Pertama (Rumah Selangor)
- Pertandingan Sajak (Rumah Terengganu)
- Pertandingan 'Win Lose Or Draw' (Rumah Kedah)

6.00 Petang:
- Bersurai


[ Acara Akhawat ] Rumah Negeri Pahang dan Johor

Rumah Negeri Pahang

8.00 Pagi

- Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris (Dewan Utama)

9.00 Pagi

- Pertandingan Esei Bahasa Arab(Nadi Ukkaz) ( Maktabah)

11.00 Pagi
-
Pertandingan Tilawah Al-Quran (Dewan Utama)

2.00 Petang

- Pertandingan Pantun ( Pusingan 1 & 2 ) (Dewan Utama)

3.30 Petang
-
Pertandingan "Win, Lose and Draw" (Dewan Utama)

5.00 Petang
-
Acara U.B.M (Unit Bait Muslim) (Dewan Utama)

Rumah Negeri Johor

8.00 Pagi
-
Pertandingan Pembentangan Kertas Kerja (Dewan Utama)

10.00 Pagi
-
Pertandingan Khat (Maktabah)

2.00 Petang
-
Pertandingan Forum Bahasa Melayu (Dewan Utama)

[ Acara Umum ] Dataran Asyir
8.00 Pagi:
- Bermula Bazaria ( Selama tiga hari )

8.30 Malam:
- Persembahan Qasidah
- Forum Hal Ehwal Kekeluargaan di dalam Islam
ahli panel :
Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jofree
Ustazah Shahidah Manaf

11.30 Malam:
- Bersurai


---------------------------------------------------
Isnin- 10 Ogos 2009 ( Hari Ketiga )
---------------------------------------------------
[ Acara Ikhwah ] Hayyu Asyir
8.00 Pagi:
- Pertandingan Debat Pusiangan Akhir (Rumah Selangor)
- Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Rumah Kedah)
- Pertandingan Forum Bahasa Melayu (Rumah Terengganu)

2.00 Petang:
- Pertandingan Pantun Pusingan Pertama (Rumah Selangor)
- Pertandingan Khat (Maktabah Rumah Selangor)
- Pertandingan "Who Wants To Be A Da'ie" (Rumah Pahang/Terengganu)
- Pertandingan Khutbah (Rumah Kedah)

5.00 Petang:
- Pertandingan Pahlawan Kemerdekaan (Dataran Utama Hayyu Asyir)


[ Acara Akhawat ] Rumah Negeri Johor sahaja
Rumah Negeri Johor
8.00 Pagi
-
Pertandingan Debat Pusingan 1 & 2 (Dewan Utama)

11.00 Pagi
-
Pertandingan Nasyid & Pertandingan Sajak (Dewan Utama)

2.00 Petang
-
Pertandingan Pantun Pusingan Akhir (Dewan Utama)

3.30 Petang
-
Pertandingan "Who Wants To Be A Da'ie" (Dewan Utama)


[ Acara Umum ] Dataran Asyir
8.00 Pagi:
- Bermula Pameran ( Selama dua hari )

8.30 Malam:
-Persembahan Qasidah
-Pembentangan daripada MANHAL PMRAM
Tajuk : Impak dan kesan penjajahan Tatar keatas Islam
Ahli Panel : Presiden PMRAM
Ustaz Mujahid (Perak)
Ustaz Azmir (Selangor)
Ustaz Hafiz Mahmud (Kelantan)

11.30 Malam:
-Bersurai


---------------------------------------------------
Selasa - 11 Ogos 2009 ( Hari Terakhir )
---------------------------------------------------
[ Acara Ikhwah ] Hayyu Asyir
7.00 Pagi:
- Pertandingan Nasyid (Dataran Utama Hayyu Asyir)
Bersama artis undangan Bazli UNIC
- Pertandingan Pantun Akhir(Dataran Utama Hayyu Asyir

5.00 Petang:
- Cabaran Tarik King

6.00 Petang:
- Acara Tamat

[ Acara Akhawat ] Rumah Negeri Pahang sahaja
Rumah Negeri Pahang

8.00 Pagi
-
Pertandingan Tahfiz (Maktabah)

11.00 Pagi
- Pertandingan Debat Pusingan AkhirDewan Utama)
- Acara Spontan (Dewan Utama)

2.00 Petang:
- Slide Show
- Majlis Penyampaian Hadiah ( Acara Dewan dan Padang )

6.00 Petang:
- Tamat Acara Dewan

[ Acara Umum ] Dataran Asyir
8.00 Malam:
- Para tetamu dan jemputan mengambil tempat
- Ketibaan dif-dif terhotmat

8.30 Malam:
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Ayat suci Al-Quran ( Oleh Johan Tilawah Al-Quran EGP '09 )
- Ucapan Pengarah EGP '09
- Ucapan Presiden PMRAM '09
- Ucapan Perasmian Penutupan

9.00 Malam:
- Kemuncak Penutupan EGP
- Persembahan Pentomen
- Persembahan Nasyid Johan EGP '09
- Persembahan Kebudayaan Serantau Asean dan lain-lain

11.30 Malam:
- Bacaan doa wehdah dan bersurai.

Pejuang Kemerdekaan : Tok Janggut

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

PROFIL

HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Oleh : Nasron Sira Rahim


Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

(SEJARAH AWAL)
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ianya membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

(ZAMAN PENJAJAHAN)
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

(SELEPAS PERANG)
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

*sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Perjuangan memerdekakan tanah air


Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk.

Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

*sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu



Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia kini) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

(Malam Merdeka)
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

(Upacara Pengisytiharan)
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Tetamu Kehormat Yang Hadir



Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya yang pertama, hotel-hotel baru didirikan di serata Kuala Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.

Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:
* Raja dan Permaisuri Siam
* Putera dan Puteri Mahkota Jepun
* Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan
* Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India
* Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan
* Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam
* Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri Lanka)
* U Nu, Perdana Menteri Burma
* Sim Var, Perdana Menteri Kemboja
* Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong
* John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (mewakili Presiden Amerika Syarikat)
* Duta Australia, Kanada dan New Zealand
* Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura
* Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William of Gloucester
* Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
* Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu).

Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

*sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan



Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

*sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Ucapan Presiden PMRAM '08

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah s.w.t :
" Berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah…"
-surah Ali 'Imran-

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Tercinta, Muhammad s.a.w, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah s.w.t.

Perpaduan Teras Kejayaan yang merupakan tema bagi Perayaan Kemerdekaan kita pada tahun ini merupakan satu tema yang amat selari dengan ajaran Islam dalam konteks kecintaan terhadap tanah air. Fenomena demi fenomena yang berlaku khususnya di negara kita mengajak kita semua bersatu dalam mencapai kejayaan yang agung khusunya dalam ruang lingkup yang utama iaitu amal makruf nahi mungkar. Mana mungkin kejayaan dalam melonjakkan Islam ke kemuncaknya dapat dicapai dengan usaha berseorangan. Maka, tidak dapat tidak seruan ke arah bersatu menjadi suatu kewajipan bagi diri mereka yang bergelar muslim.

Bagi kita di sini, PMRAM yang merupakan persatuan induk di bumi mesir ini bagi anak-anak melayu Malaysia turut menyahut seruan tema kemerdekaan dalam pelaksanaan setiap pogram yang dijalankan. Di antara kepentingan thaqafah dan ilmu, pertimbangan dalam meraikan setiap kemahuan ahli juga mempunyai salingan di antara kedua-duanya. Pelbagai pogram samada berbentuk ceramah, tazkirah dan sukan adalah untuk semata-mata menyatukan ahli atau dengan erti kata yang lain iailah perpaduan. Kesepaduan di antara ahli yang mempunyai minat dan kemahuan yang berbeza diraikan oleh PMRAM. Hal ini demikian perpaduan bukan hanya setakat berlegar dalam masjid sahaja malah di padang dan di rumah. Lihat sahaja sirah Rasulullah s.a.w dalam sirah hidupnya yang agung menjadi contoh kepada kita bagaimana perpaduan Islam itu boleh terbentuk. Dan akhirnya, dengan perpaduan yang dibentuk tersebut, Islam menjadi agung di mata dunia.

Akhir kalam, saya selaku Presiden PMRAM pada tahun ini mengajak semua ahli khususnya untuk kita sama-sama turun padang dalam menjayakan semua pogram yang dianjurkan bagi merealisasikan 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah' dalam kita turut sama mengejar ke arah perpaduan dalam mencapai kejayaan bersama. Semoga dengan EGP 08 PMHK ke-51 dalam membuahkan hasil yang bermanfaat bersama.

Ucapan Pengarah EGP 08


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang menganugerahkan kita nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda yang tercinta, para sahabat, para salafus soleh dan mereka yang berjuang di jalan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
"wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan diri kamu dalam keadaan Islam" -surah Ali 'Imran-

Teman-teman sekalian,
Saya selaku pengarah bagi EGP 08 PMHK ke-51 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua unit pelaksana dalam usaha bersama menjayakan pogram mega ini pada kali ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang turut sama yang terlibat smaada secara langsung atau tidak. Penyertaan daripada teman-teman sekalian cukup memeriahkan PMHK pada kali ini.

Sebagaimana kita tahu, PMHK kali ini kita cuba tonjolkan konsep yang berlainan. Konsep Jom Heboh! Dalam versi islamik. Dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalamnya, sukan, acara dewan, bazar dan pameran semuanya kita jalankan dalam garisan islam. Islam sesekali tidak pernah menyekat umatnya untuk berhibur namun yang dilarang ialah hiburan yang melalaikan dan yang terkeluar daripada landasan syara'.

Tema yang kita gunakan juga selari dengan tema di peringkat kebangsaan iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Satu lagi yang kita cuba tonjolkan demi merealisasikan perpaduabn di kalangan kita ialah kita melakukan perubahan dengan setiap penyertaan dijalanakan dalam bentuk taakhi di antara BKAN dan DPM di dalam zon masing-masing. Ini juga adalah satu usaha dalam menyahut seruan Perpaduan Teras Kejayaan.

Akhir bicara, seusai sudah pogram kita selama 4 hari ini. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun bukan. Harapan daripada saya, supaya apa yang kita lakukan dapat memberikan satu input yang bermanfaat bersama kepada kita dalam melonjakkan diri ke dalam golongan ulama in the future. Sebagai penutup bicara sambutlah salam daripada saya.

Salam kemerdekaan.

Laporan Perjalanan Program EGP 08 bagi pihak Ikhwah

Win Lose And Draw

"Amat Menggalakkan"
Pasukan yang mewakili zon A dengan jumlah pungutan 24 mata barjaya mendahului pasukan daripada zon D dengan pungutan 22 mata dalam pertandingan ini. Manakala pasukan dari zon B dan zon C masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Bermula jam 2.45pm dan berakhir pada jam 3.30pm. Pihak hakim memberi ulasan bahawa penyertaan pada kali ini amat menggalakkan daripada peserta. Harapan hakim agar para peserta pada masa-masa akan datang supaya lebih berdisplin dan dapat menampilkan ciri-ciri sebagai seorang Azhari.


Deklamasi Sajak

"Bahasa Kurang Puitis"
"Bahasa kurang puitis" itulah kata-kata Ustaz Mohd Rizal selaku hakim pertandingan Mendeklamasi Sajak pada kali ini. Peserta daripada zon D, Ustaz Mohd Effendy Baharin daripada Shoubra berjaya merangkul gelaran juara, manakala Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A menyandang naib johan. Selain itu hakim bahagian gaya persembahan dan intonasi, Ustaz Zuhaili mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang menjadikan puisi sebagai medan untuk berdakwah. Justeru Ustaz Syafiq Zulakifli selaku ketua hakim pertandingan mendeklamasi sajak pada kali ini berharap agar para peserta dapat memantapkan lagi daripada segi bahasa puisi agar lebih puitis. Walaubagaimanapun, penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan iaitu seramai 6 orang. Masing-masing mewakili zon A,B,C dan D. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.


Debat Ala Parlimen

"Prestasi Peserta Meningkat"
Bertemakan "Ekonomi Berasaskan Pertanian Lebih Menjamin Masa Depan Negara"
debat ala Parlimen peringkat akhir yang berlangsung sempena Ekspo Gempak PMRAM 08 menampilkan zon C selaku pihak kerajaan berjaya melayakkan diri sebagai juara apabila berjaya menewaskan zon A selaku pembangkang. Walaupun penyertaan acara debat kali ini agak suram, namun prestasi para peserta meningkat dan bertambah baik. Begitulah kata-kata ulasan daripada Ustaz Mohd Hafiz Mahmud selaku ketua juri hakim debat ala parlimen pada kali ini. Justeru, pihak juri kehakiman mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang dapat mempersembahkan hujjah dengan lebih baik dan relevan. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam tujuh petang.


Acara Padang

"Meriah"
Sabtu, 16.08.08, Dataran Hayyu Asyir- Bahang dan kemeriahan acara padang sempena EGP 08 sangat terasa disebabkan komitmen dan penyertaan daripada peserta sendiri amat menggalakkan. Walaupun banyak acara-acara yang terpaksa dimansuhkan berbanding tahun lepas memandangkan kesuntukan masa dan kepadatan jadual program, namun para peserta daripada setiap zon iaitu zon A, B, C serta D tetap memberikan kerjasama dengan baik.
Antara acara padang yang dipertandingkan ialah futsal dan bola tampar. Dua acara ini adalah diantara acara yang paling meriah pada kali ini. Dan permainan ini dipertandingkan mengikut sistem liga. Selain itu acara sukaneka tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi acara padang sempena EGP 08 kali ini. Acara kail botol, jejak kejaka dan sepak raga bulatan antara acara sukaneka yang sempat dipertandingkan pada hari tersebut.

Dalam acara kail botol, zon B merangkul juara manakala naib juara disandang oleh zon C. Sementara juara dalam acara Jejak Jejaka pasukan yang berjaya mengenepikan cabaran zon lain ialah pasukan dari zon D, manakala naib juaranya pula disandang oleh kumpulan zon C. Acara sepak raga bulatan pula keputusannya masih lagi dalam perkiraan oleh pihak juri pertandingan.
Kemeriahan acara padang lebih terserlah dengan kehadiran dan penambahan pasukan iaitu dari Kemboja, Arma serta Bait Muslim. Gelangang futsal menyaksikan tiga pasukan yang mewakili setiap zon beradu tenaga untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat seterusnya. Keputusan pertandingan peringkat saringan berpihak kepada pasukan Bunga Raya, Cempaka dan Orkid untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Ustaz Jamal Jamaluddin Sulaiman selaku ketua eksekutif padang EGP 08 mengharapkan agar tautan ukhuwah akan lebih erat dikalangan para peserta.


Tilawah Al-Quran

"Perbaiki mutu bacaan"
Ahad, 17.08.08, Rumah Kedah Hayyu Asyir – “Kebanyakan peserta kurang memahami dari segi aspek mutu bacaan, iaitu tajwid mahupun fasohah”. Kata-kata ketua hakim yang mengendalikan ujian tilawah pada kali ini. Johan tilawah Al-Quran disandang oleh Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A.

Seramai tiga orang peserta yang menyertai tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dibawah Program Ekspo Gempak PMRAM 08 (EGP) bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke- 51. Masing-masing mewakili zon A, B dan C.

Ujian tilawah Al-Quran ini bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 10.00am. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juara Akademi Al-Quran (AQ) musim pertama, iaitu Ustaz Abdullah Fahmi.


Pantun

“Pemakaian kurang sesuai dengan tema”
Isnin, 18.08.08, Dataran Hayyu Asyir – Dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 252 markah, zon D mampu mengalahkan pasuskan pemantun dari zon A yang mendapat pungutan markah sebanyak 198 markah. Pertandingan akhir pesta berbalas pantun ini dikendalikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli dan dihakimi oleh tiga orang hakim-hakim yang berkaliber.

Walaubagaimanapun, satu teguran yang membina daripada juri hakim mengenai persembahan iaitu daripada Ustaz Mohd Rizal Abd Wahab yang mengatakan, “persembahan dan pemakaian peserta pada kali ini kurang sesuai dan tidak mengikut tema pertandingan, selain itu gaya intonasi yang tidak sejajar dengan gaya persembahan merupakan alasan-alasan daripada pihak juri hakim teragak-agak untuk memberikan markah kepada para peserta ".

Harapan yang menggunung daripada juri hakim sendiri agar para peserta pada masa akan datang menggunakan bahasa-bahasa pantun yang kreatif dan bentuk-bentuk soalan pantun yang sejajar mahupun bertepatan dengan tahap pemikiran mahasiswa. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 4 petang.


Nasyid

"Juara bertahan kekal juara"
Selasa, 19 Ogos 2008, Dataran Hayyu Asyir - Juara nasyid tahun lepas kekal bertahan sebagai juara pada tahun ini. Wakil kumpulan nasyid dari negeri Selangor itu mendendangkan dua buah lagu yang bertemakan sempena hari kemerdekaan pada tahun ini. Pertandingan nasyid pada kali ini disertai dari beberapa buah negeri mahupun muhafazah sendiri. " Walaupun terdapat saingan sengit terutama wakil dari negeri Kedah dan Mansurah, kami sememangnya telah menjangka kemenangan ini kerana perancangan dan persediaan yang dirancang daripada awal lagi ", kata wakil daripada juara nasyid EGP 08. Katanya lagi harapan agar irama nasyid akan terus berkembang di bumi mesir ini. Pertandingan nasyid sempena EGP 08 ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Majlis Perasmian EGP 08 Akhawat



Majlis Perasmian Ekspo Gempak PMRAM EGP '08 bagi peringkat akhwat telah berlangsung secara sederhana dan meriah di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor jam 9.00 pagi yang telah dihadiri oleh barisan Penasihat-penasihat HEWI PMRAM,barisan AJKT HEWIM PMRAM, tetamu-tetamu jemputan dan semua ahli HEWI yang hadir.. Perasmian dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan seterusnya bacaan tilawah suci Al-Quran oleh Ustazah Zuriati Othman.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah 2 EGP '08 Ustazah Izzati Farhana dan dalam ucapannya berharap program EGP '08 ini dapat berjalan dengan lancar dan semua ahli PMRAM diharap sama-sama menjayakan program ini. Majlis diserikan lagi dengan kalam ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Norfaizah Mad Ali. Ucapannya banyak tertumpu kepada erti kemerdekaan yang sebenar bahawasanya kemerdekaan yang hakiki adalah bebas dari budaya-budaya barat yang kini dipengaruhi oleh umat Islam seluruh dunia dan diri kita ini suci dan bebas dari anasir-anasir luar yang mampu menjatuhkan Islan itu sendiri.Beliau berharap supaya objektif utama EGP '08 ini dapat dicernakan disamping berharap supaya kita tidak lupa dengan penderitaan rakyat-rakyat diluar sana terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan Palestine.

Agenda majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmi majlis iaitu Ustazah Fatimah Salwani selaku badan penasihat HEWI PMRAM. Beliau banyak mengaitkan dengan sirah-sirah perjuangan zaman para Nabi dan zaman-zaman seterusnya, bagaimana susah payah pejuang-pejuang Islam terdahulu berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kini masih terus subur memayungi dunia. Beliau berharap kita semua juga mampu menjadi seperti pejuang-pejuang terdahulu yang rela mengorbankan jiwa dan raga demi semata-mata Islam tercinta.

Seterunya, tibalah acara yang dinantikan oleh semua hadirin yang hadir iaitu gimik perasmian yang mana perasmi dan setiap ketua kontijen diminta melengkapkan pecahan 'puzzle' sebagai tanda simbolik perpaduan diantara semua kontijen-kontijen. Dengan berakhirnya simbolik upacara perasmian berikut, program EGP '08 ini telah dirasmikan secara rasminya.Semoga segala apa yang telah disusun dan diharapkan dalam EGP PMHK '08 ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

WalluA'lam

Laporan perjalanan program EGP 08 bagi pihak Akhwat

16 Ogos 2008 (Sabtu)

Debat
Bertempat di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor H10, telah berlangsungnya pertandingan debat. Pusingan pertama debat dimulai dengan zon A (Aisyah Humairah) sebagai pihak pencadang menentang pihak pembangkang dari zon B (Khaulah Al-Azwar).Tajuk debat yang dibincangkan ialah "Peranan PBB adalah Resolusi Terpatri Bukan Hanya Janji".Bagi pusingan kedua pula diwakili oleh Mansurah mewakili zon D (Nailah Al-Farafisya) sebagai pihak pencadang dan Zon C diwakili Iskandariah (Maryam Al-Muqaddasah) sebagai pihak pembangkang.Tajuk usul pusingan kedua ini ialah "Hiburan Adalah Peluang Dalam Bidang Dakwah".

Sambutan yang diberikan oleh penonton amat menggalakkan dengan kehadiran penonton yang begitu memberansangkan. Keadaan dewan yang sememangnya hangat menjadi bertambah hangat apabila pihak pencadang dan pihak pembangkang masing-masing cuba mempertahankan hujah mereka Manakala dari pihak penonton pula nampak bersemangat memberi sokongan padu kepada pihak pencadang dan pihak pembangkang. Pertandingan debat ini diadili oleh 3 orang panel hakim yang terdiri daripada ustazah Siti Anisah Ahmad, Ustazah Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya dan Ustazah Khaujah Rubiah Ngah.

Pusingan pertama pertandingan debat antara Aisyah Humairah dan Khaulah Al-Azwar, akhirnya dimenangi oleh kontijen Aisyah Humairah manakala pertandingan kedua perdebatan antara Maryam Al-Muqaddasah dan Nailah Al-Farafisya dimenangi oleh Nailah Al-Farafisya. Kedua-dua kontijen yang berjaya akan bertemu dalam pertandingan debat akhir yang akan berlangsung pada 18hb Ogos 2008 di Rumah Johor jam 8.00 pagi.


Pidato
Jam 1.30 petang menyaksikan dewan Rumah Selangor bergegar semula dengan menyaksikan empat peserta mewakili kontijen masing-masing menyampaikan hujah mereka dalam pertandingan pidato. Zon C (Maryam Al-Muqaddasah) menghantar dua peserta masing-masing berhujah di bawah tajuk pidato "Kemerdekaan Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa" dan "Mahasiswa Cemerlang Negara Gemilang". Berbaki dua orang peserta lagi mewakili Zon A (Aisyah Humairah) dan Zon D (Nailah Al-Farafisya) juga menyampaikan tajuk pidato yang sama iaitu "Mahasiswa Cemerlang Negara Gemilang".

Para peserta begitu bersemangat dan berketrampilan dalam menyampaikan pidato masing-masing sehingga menarik perhatian para penonton untuk tidak meninggalkan dewan sehingga pertandingan berakhir. Tepat jam 2.30 petang pertandingan pidato berakhir dengan salah seorang panel hakim memberi komen secara keseluruhan peserta yang memasuki pertandingan tersebut pada hari itu dengan menyatakan penyampaian pidato peserta dalam pertandingan pidato kali ini begitu menarik perhatian dan mantap tetapi perlu memperbaiki dari segi dalam berhujah perlu memperbanyakkan bukti untuk mengeluarkan pendapat.Panel hakim pidato juga terdiri dari panel hakim yang sama seperti debat.


Pantun
EGP '08 pada kali ini menampilkan pertandingan pantun sebagai salah satu acara tradisi Melayu yang kekal sejak turun temurun. Pertandingan pantun bagi akhawat dalam EGP '08 kali ini di sertai oleh empat zon iaitu Aisyah Humairah, Khaulah Al-Azwar, Maryam Al-Muqaddasah dan satu penyertaan dari kontijen baru iaitu Bait Muslim.

Acara pantun ini mendapat sambutan yang hebat oleh para penonton dan perjalanan pertandingan ini berlangsung dengan begitu meriah sekali.Sebanyak tiga pusingan untuk setiap kontijen perlu hadapi iaitu di bawah kata kunci Sejarah Kemerdekaan, Untukmu PMRAM dan terakhir sekali Isu Palestine.Rata-rata penjual dan pembeli pantun begitu bergaya dalam menyampaikan pantun masing-masing.

Para peserta pantun rata-ratanya melontarkan pendapat bahawasanya dengan mengadakan pertandingan seperti ini akan mengeratkan lagi ukhwah antara sahabat-sahabat yang dikenali dan juga yang baru dikenali hasil daripada penggabungan setiap negeri untuk membentuk kontijen masing-masing .Acara pantun ini juga boleh dijadikan satu medium untuk kita sebagai pendakwah menunaikan dakwah kita kepada masyarakat khususnya.


Sajak
Pertandingan sajak boleh dikatakan menjadi pertandingan wajib untuk Program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan atau lebih dikenali pada tahun ini sebagai EGP '08. Acara sajak kali ini berjaya mendapat sambutan yang begitu baik oleh setiap kontijen kerana disertai oleh 8 orang peserta, yang mana ianya satu jumlah yang terbanyak pernah disertai dari acara-acara yang lain dalam EGP '08 ini.

Kontijen Aisyah Humairah, Khaulah Al-Azwar dan Nailah Al-Farafisya masing-masing telah menghantar dua orang peserta manakala kontijen Bait Muslim dan Nailah Al-Farafisya menghantar seorang peserta sahaja. Tajuk sajak lebih tertumpu kepada tema Hari Kemerdekaan iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan setiap peserta berjaya menyampaikan sajak mengikut tema yang ditetapkan.

Komen para hakim tertumpu kepada bahasa sajak kurang puitis kerana kebanyakan sajak terlalu banyak menggunakan imbuhan ayat. Selain daripada itu penyampaian penyajak yang terlalu laju sehingga menyebabkan ada dikalangan penyajak kurang menghayati sajak yang disampaikan. Walau bagaimanapun, dari segi gaya penyampaian penyajak yang menarik berjaya menarik perhatian hakim mahupun penonton. Tahniah bagi semua penyajak-penyajak yang berani tampil membawa kelainan pada EGP PMHK '08 pada tahun ini.


Pertandingan Nasyid dan Slide Show
Pertandingan Nasyid merupakan pertandingan utama bagi akhawat setiap kali PMHK berlangsung. Saban tahun ianya adalah acara yang mendapat sambutan yang hangat oleh kebanyakan ahli. Setiap zon masing-masing menghantar satu penyertaan dan kesemuanya penyertaan pada tahun ini berjaya menampilkan satu persembahan yang terbaik dan berjaya menarik perhatian penonton.

Pertandingan ini berlangsung di Dewan Rumah Johor tepat jam 3.00 petang yang telah dihadiri lebih 100 orang penonton. Walaupun keadaan dewan yang agak sesak dipenuhi oleh penonton, perjalanan nasyid berlangsung dengan jayanya sehingga jam 4.15 petang. Panel hakim terdiri daripada Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sendiri iaitu Ustazah Norfaizah Mad Ali, Ustazah Herlina Syarial dan Ustazah Nurul Syafini Abd Rahman.

Selepas selesai pertandingan nasyid, agenda diteruskan lagi dengan pertandingan slide show. Acara ini adalah acara julung-julung diadakan pada PMHK tahun ini. Walaupun julung-julung diadakan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan kerana disertai oleh 7 orang peserta. Kontijen dari Aisyah Humairah menghantar tiga penyertaan, Khaulah Al-Azwar dua penyertaan dan dua lagi daripada kontijen Nailah Al-Farafisyah.

Pertandingan slide show ini lebih tertumpu kepada Tema Hari Kebangsaan iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan setiap peserta mempamerkan kreativiti-kreativiti dalam menyiapkan slide show masing-masing. Hasil daripada slide show yang ditayangkan sedarlah bahawasanya mahasiswi Al-Azhar kini bukan hanya tertumpu kepada kitab kuliah dan ilmu agama semata-mata tetapi juga mantap dari aspek yang lain antaranya kepakaran memanipulasikan teknologi computer dan thaqafah-thaqafah yang lain.

Akhirnya, harapan pihak penganjur mengharapkan EGP PMHK '08 kali ini mendapat penyertaan secara menyeluruh daripada semua ahli kerana dengan program seumpama inilah sebagai medan latihan untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkebolehan dan berketrampilan dari segenap sudut disamping menyatukan suara dan meribat ukhwah diantara satu sama lain.



17 Ogos 2008 (Ahad)

Lintas Hormat
Pertandingan sukan dan sukaneka bagi akhawat bagi Program EGP '08 pada tahun ini telah diadakan di Nadi Syabab Musallas, Hayyu Asyir. Walaupun mula lewat dua jam dari tentatif yang dirancangkan, Alhamduillah perjalanan pertandingan sukan dan sukaneka berjaya juga berakhir dengan penuh kemeriahan kerana mendapat sambutan dan kerjasama dari semua ahli.

Atucara sukan pada pagi itu dimulakan lintas hormat dan perbarisan masuk dari keempat-empat kontijen iaitu Aishah Humairah mewakili gabungan negeri Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Sabah, Khaulah Al-Azwar mewakili negeri gabungan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kelantan, Perlis, Johor, Sarawak, Naelah Al-Farafisya mewakili DPM Mansurah dan Mariam Al-Muqaddasah mewakili DPM Iskandariah. Kontijen Aishah Humairah telah menghantar seramai 64 orang untuk menyertai perbarisan pada EGP '08 menyaksikan kontijen yang terbanyak menghantar penyertaan, diikuti dengan 50 orang dari kontijen Khaulah Al-Azwar, dan 40 orang mewakili zon masing-masing iaitu Maryam Al-Muqaddasah dan Naelah Al-Farafisya.

Kontijen Aishah Humairah yang berbaju merah bersama maskotnya iaitu semut api yang melambangkan semangat perpaduan antara satu sama lain menghantar seramai 64 orang untuk menyertai perbarisan pada EGP '08 menyaksikan kontijen yang terbanyak menghantar penyertaan, diikuti seramai 50 orang dari kontijen Khaulah Al-Azwar yang berbaju biru bersama maskotnya doraemon yang memberi maksud supaya dapat memberi manfaat yang banyak kepada semua sahabat-sahabat, kontijen Maryam Al-Muqaddasah seramai 40 orang bersama pakaian bewarna hijau dan maskotnya anggur, dan kontijen Naelah Al-Farafisya tampil bewarna kuning.

Majlis lintas hormat dimulakan dengan perbarisan masuk daripadan kontijen-kontijen dan seterusnya hadirin yang hadir diminta menyanyikan lagu Asmaul Husna, lagu Negaraku, dan lagu PMRAM. Atucara majlis di teruskan dengan bacaan ikrar yang diketui oleh Ustazah Adibah dari Selangor.

Penyertaan dari setiap kontijen pada tahun ini dalam program PMHK adalah yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya kerana disertai dan mendapat sambutan yang positif dari semua BKAN dan DPM. Semangat seperti inilah yang diharapkan oleh PMRAM untuk ahli-ahlinya supaya lebih ramai yang memberi komitmen dalam setiap program-program yang dianjurkan PMRAM. Majlis lintas hormat berakhir dengan perbarisan keluar dari semua kontijen.

Selepas majlis berakhir semua yang hadir disajikan dengan persembahan akrobatik yang dilatih khas oleh mahasiswi Indonesia khas untuk persembahan sempena EGP '08 ini. Pelbagai aksi dan gaya dipergayakan dengan diiringi alunan muzik. Setelah tamat persembahan akrobatik,maka bermulalah acara sukan dan sukaneka yang diadakan serentak mengikut tentatif yang telah dirancang.


Pertandingan Bola Jaring
Saban tahun pertandingan bola jaring adalah perlawanan wajib dalam PMHK. Pada tahun ini setiap kontijen menghantar satu pasukan bagi mewakili zon masing-masing. Perlawanan pertama dimulakan dengan Aishah Humairah melawan Maryam Al-Muqaddasah dan dimenangi oleh Aisyah Humairah dengan jaringan 7-0. Sorakan dari penonton bagi menyokong pasukan masing-masing menambahkan lagi kemeriahan hari sukan EGP '08. Perlawanan kedua menyaksikan perlawanan antara Naelah Al-Farafisya menumpaskan Khaulah Al-Azwar dengan mata 7-3. Kedua-dua pasukan yang kalah bertemu bagi menentukan tempat ketiga dan keempat dan ketiga.

Perlawanan akhir bagi menentukan pemenang tempat pertama menyaksikan Aisyah Humairah dan Naelah Al-Farafisya sama-sama handal dan mantap. Perlawanan akhir ini berlangsung dengan sengit dan kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat tanpa menghiraukan panas matahari yang terik. Akhirnya, kehebatan pasukan Aishah Humairah tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya mengalahkan lawannya dengan jaringan 10-3. Tahniah kepada semua.


Kawad Kaki
Pertandingan kawad kaki pada EGP '08 akhawat disertai oleh 4 kontijen. Kontijen Aishah Humairah yang memulakan acara ini telah diwakili seramai 15 orang puteri yang berbaju merah. Kawad kaki yang dipersembahkan cukup menarik dengan pelbagia formasi yang dibentuk sekaligus mengundang kemeriahan dan ketakjuban para penonton. Kontijen-kontijen lain juga menghantar bilangan peserta yang sama kecuali dari pasukan Naelah Al-Farafisyah iaitu seramai 18 orang. Pertandingan kawad kaki ini dihakimi oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Ustazah Norfaizah Mad Ali bersama dengan Ustazah Hafsah Esa dan Ustazah Noorshahidah Abd Manaf.


Keputusan Pertandingan Sukaneka Akhawat


MEHNAH BERDURI DAN EDISI SIASAT.
JOHAN : MARIAM MUQADDASAH
N.JOHAN : AISYAH HUMAIRA’

ITIK PULANG PETANG.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR

DEKAT PADAMU.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH

ALADDIN.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR

BATU DAN GOLEK.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR

KAU YANG SATU.
JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : AISYAH HUMAIRA’

BANG-BANG BOOM.
JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH

GENDANG GENDUT TALI KECAPI.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
N.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA.
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR

KAU DAN AKU.
JOHAN: KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA


18 Ogos 2008 (Isnin)

Debat Akhir
Debat akhir akhawat berlangsung dengan sengit diantara pasukan Naelah Farafisya mewakili pasukan dari Mansurah melawan Aishah Humaira'. Keadaaan dewan begitu hangat dengan timbunan hujah-hujah yang bernas disampaikan oleh kedua-duanya belah pihak. Meraka yang hadir pada hari tersebut sama-sama memberi sokongan terhadap zon masing-masing menjadikan pertandingan lagi hangat dan hebat. Akhirnya, dalam kehebatan diantara kedua-dua zon tersebut, Naelah Al-Farafisya telah dinobatkan sebagai pemenang bagi acara pertandingan debat akhir EGP '08. Tahniah diucapakan kepada pemenang.

Perasmian Penutupan EGP '08 Akhawat

Isnin 18 Ogos 2008-Majlis Perasmian Penutup EGP '08 akhawat bertempat di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor bermula tepat jam 2.00 petang berlangsung dengan meriahnya. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustazah NorMaya Sari. Perjalanan majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah 2 EGP '08 Ustazah Izzati Farhana. Terdahulu beliau mengucapakan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak kerana kerjasama yang diberikan amat membanggakan dalam EGP '08 pada kali ini. Seterusnya majlis menjemput Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM '08 selaku perasmi majlis untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan EGP '08 bahagian akhawat.

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah bagi semua pemenang yang telah berjaya dalam setiap pertandingan yang diadakan. Zon Aishah Humairah telah menjadi pasukan yang memungut mata tertinggi dan seterusnya membolot gelaran zon terbaik bagi EGP '08 pada kali ini. Zon ini digabungi oleh 7 negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sarawak dan Pahang. Zon kedua terbaik pula disandang oleh pasukan Maryam Al-Muqaddassah iaitu kontijen dari Iskandariah, tempat ketiga Naelah Al-Farafisya dan keempat Khaulah Al-Azwar.

Majlis juga diserikan dengan persembahan pemenang nasyid dan sajak. Nasyid EGP PMHK '08 pada tahun ini telah dimenangi oleh pasukan Maryam Muqaddasah.Kumpulan As-Sohwah PMRAM juga telah tampil dengan menyampaikan beberapa buah lagu menjadikan majlis penyampaian hadiah pada petang itu menjadi lebih meriah dengan kehadiran ahli yang memenuhi ruang dewan pada petang itu. HEWI juga telah tampil membuat persembahan untuk semua dengan gabungan beberapa persembahan antaranya sketsa, berbalas pantun dan nasyid. Semua yang hadir pada petang itu nampak begitu ceria dengan gelagat-gelagat mereka yang telah menyampaikan persembahan. Atucara majlis berakhir dengan sesi tayangan slide show yang memaparkan gelagat-gelagat semua yang terlibat samada dalam acara dewan dan sukan tepat jam 5.00 petang.

Tentatif terkini EGP '08

Prosma '08



PROJEK SUMBANGAN AMAL PALESTIN 2008 (PROSMA '08)

Antara Sumbangan Yang Diperlukan :
* Koleksi Pakaian
* Kitab
* Barangan Aksesori
* Kelengkapan Rumah
* Barangan Elektronik
* Makanan Kering


Hantarkan sumbangan anda ke markaz DPM dan BKAN yang berdekatan

Jadual Kutipan Barangan Sumbangan DPM & BKAN :

> BKAN-BKAN Kaherah & Shoubra : 10 Ogos 2008.
> Tanta, Damanhur & Iskandariah : 11 Ogos 2008.
> Mansurah, Zagzig, Tafahna & Shibin : 12 Ogos 2008.


Gerai jualan bertempat di : Lobi Rumah Selangor Dataran Kompleks Haiyyu 'Asyir.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
- Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman (Pengarah) : 0100591793
- Muhammad Shahid bin Zakaria (Timbalan Pengarah) : 0162308595
- Nur Aida binti Mohd Najid (Timbalan Pengarah 2) : 0161692851


* Perasmian PROSMA '08 : 16 Ogos 2008.
*Jualan Bahan Sumbangan & Produk PROSMA '08 : 17 - 19 Ogos 2008.

Makluman

Bagi acara dewan, tarikh tutup penyerahan borang penyertaan bagi setiap acara pada 13hb Ogos 2008. Sebarang pendaftaran bagi setiap acara, sila rujuk dengan ketua kontijen masing-masing di setiap BKAN dan Muhafazah.

Untuk maklumat lanjut tentang acara, sila klik pada 'Maklumat Acara & Zon'.

Ekspo Gempak PMRAM 2008



Antara acara-acara yang menarik :
* Lintas Hormat
* Sukan
* Sukaneka
* Acara Dewan
* Pengisian Ilmiah
* Nasyid dan banyak lagi...

Dan nantikan kemunculan :
* Bazar PMRAM
* Pameran

Bertempat di : Dataran Haiyu 'Asyir, Iskan Tullab dan Nadi Syabab.
Tarikh : 16 - 19 Ogos 2008.

Banyak lagi acara yang menanti anda...Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menyertainya!

Bazar PMRAM EGP '08 PMHK 51



Tempat :
Perkarangan Rumah Kedah, Haiyu 'Asyir.

Sewa :
* Satu Tapak LE 70 (ahli PMRAM).
* Satu Tapak LE75 (bukan ahli PMRAM).

> TARIKH TUTUP : 13 OGOS 2008.

* tempat adalah terhad.

* dapatkan borang tender daripada :
Ikhwah : Ustaz Abu Hussin - +0111326881
Akhawat : Ustazah Fatimah Ishak - +20115182311

Pertandingan Slide Show (Akhawat)



Syarat-Syarat Penyertaan :
* Tema : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.
* Masa Persembahan : 10 Minit.

TARIKH TUTUP : 16 OGOS 2008

Setiap penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2008 di Markaz HEWI PMRAM dalam bentuk 'softcopy'.

Hanya Terbuka Kepada :
Semua ahli HEWI PMRAM kecuali AJKT HEWI PMRAM dan ADHOC Pelaksana EGP '08!

- sebarang masalah sila rujuk terus kepada ust.norhafizah daud ditalian : 0103543398

Pertandingan Grafik Macho - Cerpen - Esei - Mencipta Logo EGP '08



Ciri-Ciri Grafik Macho :
* Ada logo PMRAM.
* Trademark bagi PMHK.
* Corak atau Gambar ada ciri-ciri kemerdekaan dan perjuangan.
* Kertas A4.
* Mode : Color.


Ciri-Ciri Cipta Logo :
* Logo ada kaitan dengan Ekspo Gempak PMRAM '08.
* Kertas A4.
* Mode : Color.


Ciri-Ciri Esei/Cerpen :
* Semangat kemerdekaan, perjuangan, pengorbanan dan mempunyai unsur-unsur Islam.

> Sertakan Nama, Negeri, Kuliah dan No Kad PMRAM
> Semua hasil seni mestilah menggunakan komputer, hasil tulisan dan lukisan tangan tidak dikira.

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN : 13 OGOS 2008
> Ikhwah : hantar ke pejabat PMRAM.
> Akhawat : hantar ke MARKAZ HEWI.
> atau emailkan kepada : pmhk_pmram@yahoo.com

Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kembali!



Sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 51 (PMHK), pada tahun ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan menganjurkan EKSPO GEMPAK PMRAM 2008 (EGP '08).Pelbagai acara menarik yang akan disediakan untuk anda bermula 16 Ogos hingga 19 Ogos 2008.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menyertainya!

Pengenalan Ekspo Gempak PMRAM

Sebagaimana kebiasaannya, pada tanggal 31 Ogos setiap tahun rakyat Malaysia tidak kira dimana sahaja berada pasti akan menyambut hari kemerdekaan negara yang tercinta. Justeru kita selaku mahasiswa/ wi Al-Azhar yang juga merupakan rakyat Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari yang penuh gilang gemilang ini setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang Islam yang telah menumpahkan darah demi mendaulatkan negara dari terus dicengkam oleh penjajah.

Oleh itu, nikmat kemerdekaan ini haruslah disyukuri dan dihayati oleh generasi yang akan mewarisi amanah kepimpinan negara. Maka, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi Malaysia merasakan tanggungjawab untuk menganjurkan program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (EGP 09) sebagai penghayatan erti kemerdekaan di kalangan mahasiswa/wi. Semoga program EGP 09 ini mendapat petunjuk dan keredhaan Allah s.w.t demi melahirkan generasi ulama yang bakal mengisi kemerdekaan negara Malaysia.

Semoga EGP 09 yang akan berlangsung pada kali ini dapat berjalan dengan jayanya hasil daripada kesungguhan, tawakal yang tinggi dan penggemblengan kekuatan jua paduan tenaga daripada pihak penganjur, para peserta dan ahli-ahli PMRAM keseluruhannya. Ayuh ! kukuhkan ikatan ukhuwwah sesama kita demi perpaduan yang murni dan kesatuan yang sering kita laung-laungkan. Buktikan kita mampu untuk mendepani era globalisasi berlandaskan tuntusan syariat.

Semoga dengan usaha ini, PMRAM dapat menarik ahlinya menghayati Islam secara syumul dan global. Inilah tujuan yang sepatutnya ditanam di dalam hati manusia tanpa mengira individu. Bagaimanakah seorang pendakwah ingin mengajar manusia kepada Islam sekiranya empunya diri tiada Ilmu? Oleh itu ilmu memainkan peranan penting di dalam selok belok perjuangan bagi pendakwah.

Objektif

Objektif PMRAM anjurkan PMHK ialah
- Memperingati dan menghayati hari kemerdekaan negara Malaysia
- Melahirkan semangat integrasi nasional dan patriotik berdasarkan tuntutan Islam
- Menanamkan sifat cintakan persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan dalam gerak kerja kolektif
- Menyatukan hala tuju perjuangan Azhariyyun menghadapi cabaran alaf baru
- Melahirkan mahasiswa/wi yang berkebolehan dan berketrampilan

Anggota Pelaksana EGP '08

Penaung
Khairul Anuar Bin Ismail - 0105839069

Ex-Officio
Khusaini - 0119598180
Juzaili - 0103056465

Pengarah Eksekutif
Nik Rosdi Bin Nik Jusoh - 0118238906

Timbalan Pengarah Eksekutif I
Muhamad Zuhaili Bin Saiman - 0100716474

Timbalan Pengarah Eksekutif II
'Izzati Farhana Binti Mahadzir - 0100132441

Setiausaha Utama
Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi - 0114732664

Timbalan Setiausaha
Wan Hasanatul Laila Wan Abdullah - 0161205601

Bendahari
Jamnul Azlan Bin Mulkan - 0102871665

Timbalan Bendahari
Mahfuzoh Binti Saidina Abu Bakar -0113656343


Eksekutif Dewan
Ketua : Faizzuddin Bin Ghazali - 0162637694
Timbalan : Nur Hafizah Daud - 0103543398


Eksekutif Padang
Ketua : Jamal Najmuddin Bin Sulaiman - 0103799695
Timbalan : Nur SyuhadaMokhtar - 0108006839

Eksekutif Penempatan
Ketua : Kamal - 0164237627
Timbalan : Noor Fadzillah Hassan - 0115979316

Eksekutif Perhubungan
Ketua: Mohd Farkhan Bin Md Zain - 0118301970
Timbalan : Nurul Khana Mohd Sharif - 0105887566

Eksekutif Persiapan
Ketua : Mohd Hidayatus Saufi Bin Md Khalid - 0111732806
Timbalan : Umi Kalsom Mohamad Uyub - 0161224529

Eksekutif Promosi dan Penerbitan
Ketua : Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri - 0102800776
Timbalan : Khairunnisak Hj Zainuddin - 0105865557

Eksekutif Penghargaan
Ketua : Mior Khabir Zikri Bin Mior Ahmad Zaini- 0106849483
Timbalan : Hasanah Abd Rahman - 0103726165

Eksekutif Teknikal, Rakaman dan Audio Video
Ketua : Ust Latip - 0119528204
Timbalan : Faizah Mansor - 011-4248334

Eksekutif Disiplin dan Protokol
Ketua : Mohamad Azlan bin Alias - 0109183779
Timbalan : Nur Haspiyah Saaban - 0103878540

Eksekutif Pameran
Ketua : Tengku Muhammad Fakhruddin - 0112814473
Timbalan : Nor Aisyah Atiqah Binti Azieh - 0115979317

Eksekutif Bazar
Ketua : Muhamad Hilmi Bin Md Yusof - 0103944562
Timbalan : Fatimah Ishak - 0115182311

Eksekutif Pengisian dan Ilmiah
Ketua : Yusof - 0121259123
Timbalan : Noorshina Mamat - 011-9539311

Eksekutif Persegaran
Ketua : Muhammad Amin Abd Rahman - 0118035859
Timbalan : Rosmalila Abdullah - 0114691532

Eksekutif Persembahan
Ketua : Abdul Hadi Bin Ab. Rahman - 0108566287
Timbalan : Nor Haspiyah Saaban - 010-3878540

*sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh rujuk terus pada AJK EGP '08 yang terlibat.
 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top