• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Zaqaziq kecundang di tangan Pahang dalam peringkat akhir pertandingan catur.

HAYYU ASYIR, 3 Ogos - Hari ini juga merupakan hari ketiga berlangsungnya KEKAL 2010. Suasana Dataran Hayyu Asyir semakin hari kelihatan semakin meriah dengan pelbagai aturcara program yang telah disusun. Ia diserikan lagi dengan pameran-pameran dari DPM, BKAN, unit-unit dalam PMRAM dan beberapa pihak luar. Pada waktu sama, banyak acara menarik yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Antaranya ialah catur yang merupakan antara permainan yang menguji minda setiap pemain dalam menyusun strategi. Walau bagaimanapun, sambutan daripada kontinjen-kontijen pada acara ini sangat menggalakkan.

Sementara itu, menurut urus setia acara tersebut yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, sebanyak 15 kontinjen telah terlibat mengambil bahagian dalam acara ini.

“Peserta-peserta yang menyertai telah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan urusetia,” jawab beliau ketika ditanya krew kami mengenai komitmen yang diberikan oleh wakil kontinjen.

Tambah beliau lagi, mereka semua cekap dalam bermain catur, kerana catur merupakan salah satu permainan yang cukup menguji minda.

Di peringkat separuh akhir, berlaku perlawanan yang sengit antara kontijen Zaqaziq bertemu Dumyat dan Melaka bertemu Pahang. Walau bagaimanapun perlawanan berakhir dengan kontinjen Zaqaziq dan Pahang layak ke peringkat akhir. Kedua-dua kontijen tersebut telah berentap dan kontinjen Pahang berjaya merangkul gelaran juara manakala kontinjen Zaqaziq hanya menyandang tempat kedua.
Pihak penganjur juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang bagi acara ini.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top