• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Bicara kita - Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari

Bicara kita
Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Naib Mudir Madrasah al-Junaid (Singapura).
Bekas Aktivis PPMM


Ustaz Mohsin bin Bukhari merupakan Naib Mudir Madrasah al-Junaid,Singapura.Merupakan bekas mahasiswa mesir dan pernah terlibat dalam persatuan Persekutuan Pelajar Melayu Mesir (PPMM) atau sekarang dikenali sebagai Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Keterlibatan dalam PPMM.

Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.

Setelah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir pada tahun 1976,dari situlah permulaan keterlibatan beliau dengan PPMM.Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebelum dan selepas mengenali PPMM atau PMRAM ,ustaz Mohsin yang merupakan rakyat Singapura menceritakan bagaimana beliau terpaksa meminta bantuan pihak tertentu mengeluarkan surat minta keizinan untuk menyambung pelajaran ke Mesir, pada ketika itu rakyat singapura yang berumur 19 hingga 21 tahun terpaksa berbuat demikian untuk ke luar negara kerana mereka perlu melalui kursus dan latihan ketenteraan .Dengan bantuan seorang teman yang menuntut di Mesir maka urusan mengeluarkan surat minta keizinan dikeluarkan oleh PPMM.Apabila pihak Pertahanan Singapura mendapat surat tersebut,ia diakui dan disahkan.

Ustaz Mohsin mula mengenali PPMM. PPMM ketika itu dipimpin oleh Ustaz Raof dan sebelum itu di bawah pimpinan ustaz Abu Talib sebagai Presiden, di bawah epimpinan Ustaz Abu Talib jawatan Setiausaha Agung pada waktu itu dipegang oleh Ustaz Abd Hamid bin Abd Rahman yang berasal daripada Pahang, bekas pelajar dan pernah mengajar sementara di Madrasah al-Junaid sebelum ke Mesir dan merupakan kenalan ustaz Mohsin.

Ketika proses pengalihan kuasa kepimpinan bagi menggantikan Ustaz Raof, telah berlaku konflik antara dua calon yang bertanding iaitu Ustaz Razak dan Dr Adam. Apabila undian dilakukan, kedua-dua pihak tidak dapat menerima keputusan undian sehingga tercetus perselisihan yang memakan masa yang agak lama. Perselisihan tersebut memberi kesan kepada kegiatan persatuan termasuk urusan pengkuliahan dan hal-hal lain.Walaupun ketika itu wujudnya kedutaan tetapi kedutaan ketika itu tidak menguruskan urusan berkaitan pelajar kecuali bertangguangjawab mengesahkan sijil yang dibawa oleh pelajar sama ada sijil itu sah atau tidak.urusan yang selainnya diuruskan oleh PPMM begitu juga dengan urusan yang berkait dengan pelajar baru. ketika tahun ustaz Muhsin datang ke Mesir, wakil pelajar yang menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengkuliahan pelajar baru adalah di bawah tanggungjawab ustaz Zaki Rahman sebagai ketua.

Apabila konflik telah selesai dan ketika itu tampuk kepimpinan diambil oleh Ustaz Muhsin Bin Mat Zain.Ustaz Zaki Rahman diangkat sebagai naib yang dipertua .Ustaz Mohsin sendiri telah diberi tanggungjawab untuk membantu urusan pengkuliahan di bawah yang dipertua,beliau perlu menguruskan urusan pelajar-pelajar Malaysia,Singapura dan Brunei,beliau telah melantik beberapa pembantu daripada kalangan pelajar Singapura bagi menguruskan urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Tugas itu dilaksanakan oleh beliau beberapa tahun sehinggalah tahun ustaz Ilham dilantik sebagai Presiden.Pada tahun 1981 ustaz Muhsin tidak lagi memegang tanggugjawab tersebut

1978-1980 PMRAM dibatalkan dan keadaan pelajar-pelajar baru ketika itu

Menurut uataz Muhsin pada ketika itu setiap pihak mempunyai penyokong masing-masing .Telah berlaku insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan ia amat dikesali kerana PMRAM bukanlah satu pertubuhan yang baru berusia belasan tahun tetapi telah mencapai umur dewasa. pada ketika itu hanya terdapat seorang sahaja daripada badan pengurus yang sah.


ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah)

ARMA dikhususkan untuk pelajar melayu Malaysia.pihak kedutaan hanya mentadbirkan ARMA,lain-lain pengendalian dan urusan diuruskan oleh PMRAM sendiri tanpa melibatkan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain



PMRAM setelah diberhentikan dan didaftarkan semula

Telah berlaku proses pemilihan pimpinan melalui proses pilihanraya dan ustaz Mohsin sendiri dilantik sebagai pengarah SPR ketika itu.Kempen telah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sebelum itu,manakala Ahli Jawatan Kuasa SPR telah dilantik dari kalangan pelajar Singapura dan Brunei agar ia menampakkan lebih neutral. Hanya 10 calon yang bertanding untuk jawatan yang dipertua selepas krisis, secara bertahap-tahap aktiviti dilaksanakan seperti biasa,banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya yang berkaitan dengan acara-acara kebudayaan yang dilihat terlalu terbuka contohnya seperti tari menari dan sabagainya,acara-acara itu dikesampingkan dari terus dilaksanakan.Lebih banyak aktiviti yang berunsurkan islam dilaksanakan.Pada tahun 1980 selepas didaftarkan semula telah diubah konsep keterbukaan kepada konsep penghayatan islam

Beza konsep pentadbiran PMRAM pada zaman krisis dan selepas krisis

selepas krisis itu,aktiviti yang lebih kepada hiburan diberhentikan cuma masih terdapat bahan-bahan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan aktiviti itu seperti alat musik dan sebagainya telah dikeluarkan daripada pejabat pengtadbiran.

Harapan terhadap PMRAM dan hubungan PEKEMAS pada masa hadapan

Hubungan dua hala ini perlu diteruskan tanpa mengira perbezaan sempadan negara dan politik bahkan perlu berkerjasama serta mengukuhkan hubungan.

Harapan mengenai Rumah Melayu yang telah dinafikan hak milik PMRAM .

Rumah Melayu yang dulu pernah menjadi Markaz PMRAM tidak sepatutnya dipisahkan daripada PMRAM.Walaupun ia sebuah asrama tetapi bila kita menyebut Rumah Melayu ia melambangkan PPMM(dahulu) dan PMRAM sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top