• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Pendebat Dan Pemantun Gamatkan Surau Siswa Rumah Pahang

HAYYU ASHIR, 2 Ogos - Bertempat di ruang Surau Siswa Rumah Pahang, acara dewan diteruskan untuk sesi kedua yang menyaksikan pertandingan Debat Ala Parlimen diadakan secara bergilir dengan acara berbalas Pantun. Para hakim dilihat begitu tertarik dengan kepelbagaian dan kreativiti pantun yang ditunjukkan para peserta yang begitu bersemangat.

Dalam masa yang sama, dua lagi acara yang dilangsungkan secara serentak di ruang Surau Siswi iaitu pertandingan Dam Aji dan Congkak. Semua kontinjen sekali lagi menunjukkan sokongan dengan menghantar wakil untuk menyertai setiap acara yang dipertandingkan. Walaupun masa sedikit berganjak, acara Dam Aji berjalan dengan lancar. Pertandingan yang memerlukan fokus dan ketajaman minda itu turut membuktikan keberanian beberapa peserta yang rata-rata kurang mahir.

Memetik kata-kata hakim Dam Aji, Ustazah Siti Nadiah Abd Mutallib, permainan yang dirasakan tidak relevan ini sepatutnya terus diadakan kerana baginya, walaupun permainan tersebut dikatakan agak mudah namun hakikatnya ia memerlukan pemikiran yang tajam dan kesabaran yang tinggi dalam mengatur strategi untuk memperoleh kemenangan.”

Serentak dengan itu, congkak yang merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu juga dipertandingkan. Markah dikira dari segi bilangan buah yang paling banyak dalam masa yang diperuntukkan. Acara tersebut berakhir dengan kemenangan bepihak kepada kontinjen dari Terengganu. Manakala tempat kedua Perak dan ketiga dimenangi kontinjen Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top