• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Syarat-syarat penender gerai bazar

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh urusetia bazar bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil tender adalah seperti berikut:
  • Tender gerai adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Mesir dan juga kepada rakyat selain Malaysia.
  • Tarikh berlangsungnya Bazar KEKAL 2010 ini pada 3hb hingga 5hb Ogos 2010.
  • Waktu urusniaga bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam.
  • Sewa bagi satu tender ialah :
| Ahli PMRAM : LE 90 | Bukan ahli PMRAM : LE 100 |
  • Bayaran sewa hendaklah dijelaskan ketika menghantar borang tender gerai jualan.
  • Setiap penender berhak menjual satu menu berat (apa-apa jenis lauk nasi), satu menu sederhana dan dua menu ringan (selain nasi). Menu tidak dibenarkan sama di antara penender-penender. Ketetapan menu adalah bergantung kepada budi bicara Pengarah Bazar dan berdasarkan borang yang dihantar lebih awal.


  • Keutamaan pemilihan tender untuk diluluskan akan diberikan kepada pemohon yang terawal menghantar borang permohonan.
  • Harga menu berat hendaklah tidak melebihi LE 7.50, menu sederhana tidak melebihi LE 5.50 dan menu ringan tidak melebihi LE 3.50.
  • Menu berbentuk minuman tidak dibenarkan kepada semua penender.
  • Borang mestilah diserahkan kepada pihak penyelia bazar selewat-lewatnya pada 22 Julai 2010.
  • Penendar wajib menghadiri perjumpaan yang akan diadakan pada 28 Julai 2010 untuk taklimat semasa.
  • Penender mestilah menjaga etika dan displin sebagai peniaga Islam di dalam segenap aspek.
  • Pihak penyelia hanya akan menyediakan 1 meja dan 2 kerusi sahaja.
  • Penender hendaklah memberhentikan jualan sementara ketika waktu solat.
  • Kebersihan di tapak gerai jualan dan keselamatan peralatan adalah dibawah tanggungjawab pihak peniaga sendiri.
  • Segala maklumat lanjut boleh terus menghubungi :
  1. Ikhwah : Pengarah ( Ustaz Shahrul Rashid Bin Ghazali - +2011 1523011)
  2. Akhawat : Timbalan Pengarah (Ustazah Nor Habsah Binti Daut - +2011 9752693)

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top