• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Kalam Pengarah KEKAL '10












Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam yang maha Agung, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah-melimpah kepada makhluk-Nya serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Salah satu matlamat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) adalah untuk menyatukan mahasiswa-mahasiswa Melayu di Mesir di bawah satu naungan. Sudah semestinya PMRAM sebagai satu-satunya persatuan induk perlu berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.

Oleh hal yang demikian, Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM (KEKAL) 2010 dan Program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke-53 yang bakal diadakan awal Ogos ini dijadikan salah satu wasilah PMRAM untuk mencapai matlamat tersebut.

Sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) yang dijadikan program wajib PMRAM setiap tahun menunjukkan bahawa PMRAM bersungguh-sungguh untuk melahirkan ahli-ahlinya yang peka kepada sejarah dan untuk memupuk semangat cintakan negara.

Program pada tahun ini bukan sahaja ingin menyambut kemerdekaan tahah air, malahan juga untuk menyambut ulangtahun PMRAM yang ke-80. Dengan sambutan ulangtahun ini, saya berharap agar ahli-ahli PMRAM lebih mengetahui sejarah PMRAM yang terdahulu dan juga dengan secara tidak langsung menambahkan cinta dan mahabbah ahli kepada PMRAM sebagai persatuan induk di bumi Mesir ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi kelainan terhadap program KEKAL 2010 pada tahun ini. Apa yang saya harapkan, tema “Menelusuri Sejarah, Mencambah Mahabbah” yang merupakan tema KEKAL pada tahun ini dihayati oleh semua ahli PMRAM.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan dokongan daripada semua pihak bagi menjayakan KEKAL pada tahun ini.Moga-moga segala keringat yang dicurahkan akan dibalas ganjaran besar disisi Allah taala.

“Menelusuri Sejarah, Mencambah Mahabbah”

Salam Perjuangan,

MOHD SOLEHUDDIN B. MOHD SAFIEN

Pengarah,
Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM 2010 (KEKAL 2010)
Program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke 53

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top