• Rasai kehangatan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Nantikan persembahan artis-artis jemputan yang tidak asing lagi dan juga kemunculan semula kumpulan al-Wadi PMRAM.
  • Alamilah kemeriahan hari keluarga menerusi program KEKAL 2010. Berbagai aktiviti menarik bakal disajikan khas untuk anda.
  • Nikmati menu-menu hidangan teristimewa daripada Bazar KEKAL 2010. Sekali merasa, pastinya nak lagi.

Kuasa Usaha Sementara KBMK Memuji PMRAM

DATARAN HAYYU ASYIR, 1 Ogos - Bertemakan “Menelusuri Sejarah Mencambah Mahabbah”, Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL) yang telah diadakan semalam bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ) ke 53 berjaya dilaksanakan.

Persembahan atau pertunjukkan motor yang diketuai oleh Saudara Jamal Najmuddin menjadi permulaan awal agenda perasmian yang memukau para hadirin. Ini kerana ragam motorsikal yang berkuasa tinggi itu sememangnya jarang dimiliki oleh sebahagian penuntut Malaysia di sini.

Selepas pertunjukkan motorsikal, perbarisan dari segenap DPM dan BKAN mewakili pihak siswa dan siswi masing-masing berarak masuk menuju ke dataran. Pelbagai adegan dan kreativiti yang menarik perhatian para pengunjung dipamerkan oleh setiap DPM dan BKAN sepanjang perjalanan program perbarisan sama ada dari segi cara berbaris, berpakaian dan sebagainya.

Bercakap di majlis berkenaan, Pengarah KEKAL, Saudara Mohd Solehuddin Bin Mohd Safien mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana menyokong dan sanggup turun padang demi menjayakan program ini.

Turut berucap Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Hazime yang menyatakan bahawa kekuatan yang paling utama adalah kekuatan apabila kita bersatu.

Jelas beliau lagi, PMRAM sentiasa menyeru mahasiswa/wi Islam supaya bersama-sama di bawah PMRAM atas nama Islam.

Sementara itu, ketika merasmikan jajlis gilang-gemilang tersebut, wakil pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ( KBMK ), Encik Shaiful Anuar bin Mohammad selaku Kuasa Usaha Sementara.
dalam ucapannya menyatakan bahawasanya sedari awal kewujudan PMRAM telah banyak membantu mempertahankan kemerdekaan negara Malaysia amnya.

Jelasnya,  ramai antara pemimpin di Malaysia adalah hasil didikan dan jasa daripada PMRAM sendiri.

“Usia PMRAM Ke-80 tahun menunjukkan ia benar-benar matang. Kepimpinan dan aktiviti-aktiviti PMRAM akan dapat dimenifestasikan sejajar dengan kematangannya demi kebaikan rakyat Malaysia di sini.

"Saya percaya bahawa PMRAM akan memainkan peranannya dengan baik sejajar dengan perkembangan semasa," ucap beliau penuh keyakinan dengan disambut tepukan gemuruh daripada  hadirin.


Agenda perasmian diakhiri dengan gimik belon serta bendera Malaysia gergasi yang diiringi muzik juga letupan mercun dan diikuti dengan persembahan kebudayaan dan kesenian daripada skuad SWAD.

Tarian Dabbus yang dipersembahkan oleh negeri Perak membawa kelainan kepada PMHK kali ini. Tarian
Tidak kurang juga persembahan pentomen yang berkisarkan kisah kemerdekaan yang dipersembahkan anak-anak negeri Selangor. Selain itu, kumpulan nasyid PMRAM atau lebih dikenali sebagai Al Wadi juga tampil dengan paduan suara yang menarik.

0 comments:

Post a Comment

 
PMHK - KEKAL '10 © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top