Bicara kita - Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinan, Fakta sejarah
Bicara kita
Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Naib Mudir Madrasah al-Junaid (Singapura).
Bekas Aktivis PPMM
Ustaz Mohsin bin Bukhari merupakan Naib Mudir Madrasah al-Junaid,Singapura.Merupakan bekas mahasiswa mesir dan pernah terlibat dalam persatuan Persekutuan Pelajar Melayu Mesir (PPMM) atau sekarang dikenali sebagai Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.

Keterlibatan dalam PPMM.
Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.
Zaqaziq kecundang di tangan Pahang dalam peringkat akhir pertandingan catur.
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
HAYYU ASYIR, 3 Ogos - Hari ini juga merupakan hari ketiga berlangsungnya KEKAL 2010. Suasana Dataran Hayyu Asyir semakin hari kelihatan semakin meriah dengan pelbagai aturcara program yang telah disusun. Ia diserikan lagi dengan pameran-pameran dari DPM, BKAN, unit-unit dalam PMRAM dan beberapa pihak luar. Pada waktu sama, banyak acara menarik yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Antaranya ialah catur yang merupakan antara permainan yang menguji minda setiap pemain dalam menyusun strategi. Walau bagaimanapun, sambutan daripada kontinjen-kontijen pada acara ini sangat menggalakkan.
Sementara itu, menurut urus setia acara tersebut yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, sebanyak 15 kontinjen telah terlibat mengambil bahagian dalam acara ini.
“Peserta-peserta yang menyertai telah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan urusetia,” jawab beliau ketika ditanya krew kami mengenai komitmen yang diberikan oleh wakil kontinjen.
Tambah beliau lagi, mereka semua cekap dalam bermain catur, kerana catur merupakan salah satu permainan yang cukup menguji minda.
Di peringkat separuh akhir, berlaku perlawanan yang sengit antara kontijen Zaqaziq bertemu Dumyat dan Melaka bertemu Pahang. Walau bagaimanapun perlawanan berakhir dengan kontinjen Zaqaziq dan Pahang layak ke peringkat akhir. Kedua-dua kontijen tersebut telah berentap dan kontinjen Pahang berjaya merangkul gelaran juara manakala kontinjen Zaqaziq hanya menyandang tempat kedua.
Pihak penganjur juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang bagi acara ini.

Pendebat Dan Pemantun Gamatkan Surau Siswa Rumah Pahang
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
HAYYU ASHIR, 2 Ogos - Bertempat di ruang Surau Siswa Rumah Pahang, acara dewan diteruskan untuk sesi kedua yang menyaksikan pertandingan Debat Ala Parlimen diadakan secara bergilir dengan acara berbalas Pantun. Para hakim dilihat begitu tertarik dengan kepelbagaian dan kreativiti pantun yang ditunjukkan para peserta yang begitu bersemangat.
Dalam masa yang sama, dua lagi acara yang dilangsungkan secara serentak di ruang Surau Siswi iaitu pertandingan Dam Aji dan Congkak. Semua kontinjen sekali lagi menunjukkan sokongan dengan menghantar wakil untuk menyertai setiap acara yang dipertandingkan. Walaupun masa sedikit berganjak, acara Dam Aji berjalan dengan lancar. Pertandingan yang memerlukan fokus dan ketajaman minda itu turut membuktikan keberanian beberapa peserta yang rata-rata kurang mahir.
Memetik kata-kata hakim Dam Aji, Ustazah Siti Nadiah Abd Mutallib, permainan yang dirasakan tidak relevan ini sepatutnya terus diadakan kerana baginya, walaupun permainan tersebut dikatakan agak mudah namun hakikatnya ia memerlukan pemikiran yang tajam dan kesabaran yang tinggi dalam mengatur strategi untuk memperoleh kemenangan.”
Serentak dengan itu, congkak yang merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu juga dipertandingkan. Markah dikira dari segi bilangan buah yang paling banyak dalam masa yang diperuntukkan. Acara tersebut berakhir dengan kemenangan bepihak kepada kontinjen dari Terengganu. Manakala tempat kedua Perak dan ketiga dimenangi kontinjen Kelantan.

Rasa meriah jika sertai KEKAL’
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
Rasa meriah jika sertai KEKAL’
HAYYU ASYIR, 2 Ogos - “Kita akan rasai kemeriahannya sekiranya kita sertai KEKAL ini,” kata ahli jawatankuasa pelaksana, Ustazah Fatimah Khairudin apabila ditanya mengenai suasana acara dewan pada hari ini.
Menurutnya lagi, acara pada hari ini mendapat sambutan dengan penyertaan penuh dari semua kontinjen. Namun masalah masa masih perlu dititikberat oleh para kontinjen bagi melancarkan perjalanan program.

Seorang kontinjen Zaqaziq dikejarkan ke hospital
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
'Asyir, 1 Ogos - Seorang peserta daripada kontijen Zagazig mengalami patah tulang di lengannya ketika menyertai acara “Gusti Lengan secara Liga”. Peserta terbabit yang menyangka hanya terseliuh kemudiannya dikejarkan ke hospital. Pihak hospital mengesahkan bahawa tulangnya di bahagian lengan telah patah. Walau bagaimanapun peserta tersebut selamat menerima rawatan dengan tangannya disemen dan kini berada dalam keadaan stabil.
Kuasa Usaha Sementara KBMK Memuji PMRAM
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
DATARAN HAYYU ASYIR, 1 Ogos - Bertemakan “Menelusuri Sejarah Mencambah Mahabbah”, Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL) yang telah diadakan semalam bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ) ke 53 berjaya dilaksanakan.
Persembahan atau pertunjukkan motor yang diketuai oleh Saudara Jamal Najmuddin menjadi permulaan awal agenda perasmian yang memukau para hadirin. Ini kerana ragam motorsikal yang berkuasa tinggi itu sememangnya jarang dimiliki oleh sebahagian penuntut Malaysia di sini.

Wacana 4 Presiden malam ini
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
Antara aturcara KEKAL '10 yang menarik pada malam ini ialah:-
Wacana 4 Presiden
Moderator:
Ustaz Mujahid bin Mohd Fadzil
Ahli panel:
1- Ustaz Shahrizan bin Hazimie
(Presiden PMRAM 2010)
2- Ustaz Khairul Anuar bin Ismail
(Presiden PMRAM 2008)
3- Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain
(Presiden PMRAM 2006 dan 2007)
4- Ustazah Norhafiza binti Abdul Wahab
(Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010)
Wacana 4 Presiden
Moderator:
Ustaz Mujahid bin Mohd Fadzil
Ahli panel:
1- Ustaz Shahrizan bin Hazimie
(Presiden PMRAM 2010)
2- Ustaz Khairul Anuar bin Ismail
(Presiden PMRAM 2008)
3- Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain
(Presiden PMRAM 2006 dan 2007)
4- Ustazah Norhafiza binti Abdul Wahab
(Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010)
HEWI PMRAM libatkan diri dalam acara sukaneka
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
MUSALLAS, 1 Ogos – Hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian KEKAL ’10 di sebelah siswi pada hari pertama pasti teruja dengan persembahan senaman aerobik oleh barisan HEWI PMRAM diikuti para kontinjen. Bukan sekadar itu, satu lagi persembahan iaitu persembahan silat oleh srikandi silat Mansurah turut mencorakkan suasana yang menggembirakan dalam majlis berkenaan.
Sukaneka sesi pertama yang bermula sekitar pukul 10.00 pagi diisi dengan pelbagai sukaneka dan permainan.. Acara sukaneka tersebut yang menyaksikan semua kontinjen terlibat dimeriahkan lagi dengan penglibatan HEWI angkat setiap BKAN dan Cawangan PMRAM.
Sesi pertama tersebut berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dan pada jam 2.00 petang, sukaneka sesi kedua diteruskan dengan baki permainan dan selesai sekitar pukul 4.30 petang.

Tajuk Debat Ala Parlimen Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
Para peserta debat yang mewakili kontinjen masing-masing telah pun melepasi beberapa saringan dalam menentukan juara pertandingan tersebut. Esok pula bakal menjadi penentu kepada kontinjen yang layak ke saringan suku akhir.
Tajuk-tajuk yang bakal diperdebatkan oleh pasukan yang layak ke peringkat suku akhir adalah seperti berikut:
Tajuk-tajuk yang bakal diperdebatkan oleh pasukan yang layak ke peringkat suku akhir adalah seperti berikut:
- Graduan menganggur salah diri sendiri
- Kolokium ilmuan memberi kesan yang besar terhadap pembangunan insan
- Komitmen pelajar-pelajar mesir merosot terhadap pmram
- Semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin luntur
- Warisan seni dan budaya, tunjang pemacu kegemelingan
Usul Debat Ala Parlimen KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
Usul Debat Ala Parlimen KEKAL '10
- Atas dasar keselamatan negara bloggers perlu disekat
- Mahasisiwa sudah hilang taringnya
- Mahasiswa tidak peka isu semasa
- Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintergriti
- Budaya internet menghakis pemikiran kritis
Sejarah Kita: Kegemilangan yang Tidak Ternoktah
Labels: Fakta sejarah
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) menelusuri aluran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap untuk menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.
1923
- 14 September: Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa. Dua orang perwakilan dihantar ke persidangan di Jerussalem iaitu Abu Bakar al-Ashari (Tanah Melayu) dan Abdul Muzakkir (Indonesia).
Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 3)
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinan, Fakta sejarah
Oleh: Abezuh
..............
1997 : Majlis pelancaran Homepage PMRAM.
25 Mac - PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Uni Ain Sham, Kaherah dan mendapat tempat ke-2.
PMRAM menghantar kontinjen pertandingan badminton antarabangsa di Nadi Syabab Hayyu Sadis.
HEWI menerima kunjungan dan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan Hizbi.
1998 : Istilah Yang Di-Pertua ditukarkan kepada Presiden.
Menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.
8 Julai : Kelab Waja Diri ditubuhkan - Silat Gayung dan Taekwando.
Penubuhan Jawatankuasa mengkaji pengswastaan Rumah Melayu ekoran cadangan kerajaan untuk mengswastaan Rumah Melayu yang mengancam kepentingan mahasiswa. Beberapa pertemuan diadakan bersama TYT Duta, Pengarah JPM dan Ketua Canseri. Hasilnya, pengswastaan Rumah Melayu dibatalkan oleh kerajaan Malaysia.
19 Oktober : BKAKLM (Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur) ditubuhkan dan bernanung di bawah PMRAM.
November : PMRAM mengadakan siri forum keadilan ummah sebagai reaksi politik tanah air dan krisis keadilan. Sebanyak 1724 tandatangan telah dikutip dan derma sebanyak LE 4092.15.
........................

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 2)
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinan, Fakta sejarah
.........
Undur sekejap, sebab ada tertinggal point penting yang melibatkan jasa PMRAM dalam menyuarakan sokongan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.
Undur sekejap, sebab ada tertinggal point penting yang melibatkan jasa PMRAM dalam menyuarakan sokongan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.
- 1955 : Menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
- Tahun yang sama, HEWI PMRAM ditubuhkan.
- 1971 : Nama PMRAM diguna pakai secara rasmi.
- 1972 : Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah.
- 1980 : Bermula era pemesatan kegiatan dakwah di dalam PMRAM dengan pelbagai aktiviti dakwah dijalankan.
- Pihak JPM menyekat bantuan kewangan kepada PMRAM. Namun, program PMRAM tetap diteruskan dan para ahli sanggup berkorban menghabiskan wang dalam menjayakan program PMRAM.
- 1982 : Ucapan Yang Dipertua PMRAM, Saudara Ghazali Said dalam satu majlis yang menyatakan dan menyeru kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh.
- 1983 : Menyertai Perayaan sempena 1000 tahun Al-Azhar dengan kerjasama kedutaan.
- 1991 : Penghataran siswi seramai 18 orang ke Iskandariah.
- 1992 : PMRAM menolak dan membantah penubuhan baru PPMM. Tercetus demonstrasi aman ekoran daripada penubuhan tersebut.
- Kedutaan memutuskan hubungan dengan PMRAM dan PMRAM tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di ARMA.
- Kedutaan memalang pintu masuk ARMA. PMRAM mengadakan demontrasi untuk menuntut hak-hak kembali.
- PMRAM mengadakan majlis konvokesyen kali yang pertama.
- 1993 : PMRAM mengemukakan resolusi dalam Kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar bahawa kerajaan mesti berlaku adil kepada mahasiswa Malaysia.
- 1995 : PMRAM dihalau daripada ARMA atas alasan pembaikpulihan.
- Konvensyen kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan.
Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 1)
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinan, Fakta sejarah
Oleh Abezuh
Sehari dua ini, alhamdulillah diberikan keizinan untuk membentangkan sejarah PMRAM walaupun saya bukanlah pakar atau pengkaji sejarah PMRAM yang selayaknya. Namun kelebihan berada di dalam PMRAM selama 3 tahun, memberikan sedikit thaqafah berkaitan sejarah PMRAM.
Saya bukan nak menceritakan sejarah PMRAM secara penuh di sini atau mengulas kronologi tahun-tahun yang bersejarah. Cuma sebagai mereka yang sayangi PMRAM sejarah yang dibentangkan kepada kita atau kita direct membacanya, jangan hanya sekadar bersedap-sedapan di telinga sahaja.

Acara Dewan KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
Acara-acara yang dipertandingkan di Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10) adalah seperti berikut:
- Dam Aji
- Catur
- Khat
- Debat Ala Parlimen
- Video Promo Kontinjen
- Batu Seremban
- Congkak
- Musang Berjanggut
- Jawab Soalan Dengan Soalan
- Siapa Saya?
- Kuiz Kenali Pmram
- Win Lose And Draw
- Reka Cipta Syaqah Pmram
- Pantun
- Nasyid
- Eks. Acara Dewan: Mohd Amirul Amin Bin Othman (Siswa) : +20114321128
- Timb Eks. Acara Dewan: Zakiatun Nazneen Binti Abdul Hannan (Siswi) : +20113482173
Apa erti 80 tahun PMRAM
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinan
Dipetik daripada Teratak Azhari
Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.
Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.

Sayembara Cerpen & Puisi Sempena Sambutan Kenangan 80 Tahun PMRAM & Kemerdekaan
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Dipetik daripada web rasmi PMRAM.
Bersempena Sambutan 80 Tahun PMRAM dan Kemerdekaan ini sayugianya pihak Kem Latihan Penulis (KELAP) menganjurkan Sayembara Cerpen dan Puisi 2010. Bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli dalam penulisan kreatif.

Acara sukan di arena KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
PMHK kali ini pastinya meriah dengan atur cara demi atur cara yang bakal dilangsungkan. Lagak peserta-peserta setiap kontinjen dalam memenangi setiap acara yang disertai pastinya menggamat hati para penonton. Suasana sebegini pastinya mengundang rasa kebersamaan yang tinggi di kalangan peserta mahu pun sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakannya sekali gus mengeratkan tautan ukhuwah dan mahabbah antara mereka.
Persoalan timbul apakah acara yang bakal menanti para peserta. Jika anda ingin mengetahuinya, di sini akan disenaraikan acara-acara sukan yang menguji kemahiran serta kebolehan para peserta.
Persoalan timbul apakah acara yang bakal menanti para peserta. Jika anda ingin mengetahuinya, di sini akan disenaraikan acara-acara sukan yang menguji kemahiran serta kebolehan para peserta.
Maklumat ketua-ketua kontinjen BKAN dan DPM
Labels: (2010) KEKAL '10 - Makluman
Sebanyak 19 kontinjen akan melibatkan diri dalam atur cara-atur cara yang telah disusun oleh AJK pelaksana KEKAL '10.
Oleh itu. kepada anda yang berminat untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan di KEKAL '10, sila rujuk kepada ketua kontinjen bagi negeri serta cawangan masing-masing dengan menghubungi nombor-nombor telefon yang berkenaan

1. Kontinjen Terengganu
- Siswa: 010-0680398
- Siswi: 0117596077
Iklan Pertandingan Motosikal Tercantik
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Satu pertandingan menarik bakal diadakan oleh Unit Pameran KEKAL '10 iaitu Pertandingan Motosikal Tercantik. Idea ini berasal daripada cadangan unit berkenaan yang merancang untuk mengadakan Pameran Motosikal. Walau bagaimanapun ia digubah bagi memeriahkan suasana Pameran KEKAL '10 sempena PMHK pada tahun ini.
Kriteria pemarkahan dikira dari sudut berikut:
- Kekemasan
- Kekreatifan
- Bertemakan 80 tahun PMRAM dan kemerdekaan
Kalam Pengarah KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinanAssalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam yang maha Agung, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah-melimpah kepada makhluk-Nya serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Pameran KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Pameran merupakan salah satu medium untuk mencapai maklumat secara langsung daripada sesuatu badan. Justeru anda digalakkan agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi gerai-gerai pameran yang bakal berlangsung sewaktu KEKAL '10 bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53.
Antara pameran menarik yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1. PMRAM dan unit-unit dalam PMRAM
Antara pameran menarik yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1. PMRAM dan unit-unit dalam PMRAM
- Pesat, ARMA dan Unit Dana Apartmen.
- Unit Biah Solehah, Unit Bait Muslim dan Unit Hisbah.
- MAP (Mini-Pavilion) & Unit Kemanusiaan.
- Al-Fityan, UPU dan PMC.
- SWAD
Syarat-syarat penender gerai bazar
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh urusetia bazar bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil tender adalah seperti berikut:
- Tender gerai adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Mesir dan juga kepada rakyat selain Malaysia.
- Tarikh berlangsungnya Bazar KEKAL 2010 ini pada 3hb hingga 5hb Ogos 2010.
- Waktu urusniaga bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam.
- Sewa bagi satu tender ialah :
| Ahli PMRAM : LE 90 | Bukan ahli PMRAM : LE 100 |
- Bayaran sewa hendaklah dijelaskan ketika menghantar borang tender gerai jualan.
- Setiap penender berhak menjual satu menu berat (apa-apa jenis lauk nasi), satu menu sederhana dan dua menu ringan (selain nasi). Menu tidak dibenarkan sama di antara penender-penender. Ketetapan menu adalah bergantung kepada budi bicara Pengarah Bazar dan berdasarkan borang yang dihantar lebih awal.
Pertandingan logo KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Syarat-syarat penyertaan ada seperti berikut:
- Penyertaan terbuka kepada umum.
- Bertemakan kemerdekaaan dan kesatuan.
- Mempunyai simbol yang melambangkan 80 tahun PMRAM.
- Saiz logo standard A4.
- Mestilah menggunakan software tertentu.
- Resolution 300.
- Dihantar dalam bentuk softcopy kepada:
| alazhari_tantawi@yahoo.com bagi ikhwah | axie_ana@yahoo.com.my bagi akhawat
- Warna adalah bebas (mengikut kreativiti peserta).
- Disertakan dengan biodata diri dan penerangan logo.
- Tarikh tutup 22 Julai 2010. Keputusan hakim adalah muktamad.
Subscribe to:
Posts (Atom)