Rasa meriah jika sertai KEKAL’
Labels: (2010) KEKAL '10 - Laporan
Rasa meriah jika sertai KEKAL’
HAYYU ASYIR, 2 Ogos - “Kita akan rasai kemeriahannya sekiranya kita sertai KEKAL ini,” kata ahli jawatankuasa pelaksana, Ustazah Fatimah Khairudin apabila ditanya mengenai suasana acara dewan pada hari ini.
Menurutnya lagi, acara pada hari ini mendapat sambutan dengan penyertaan penuh dari semua kontinjen. Namun masalah masa masih perlu dititikberat oleh para kontinjen bagi melancarkan perjalanan program.
Pagi ini menyaksikan acara Rekacipta Syaqah PMRAM dipertandingkan membabitkan 8 kontinjen yang bertungkus-lumus membina replika ‘impian’ syaqah PMRAM. Menurut wakil pengadil yang juga merupakan Naib Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM merangkap Ketua Unit Muhafazah, Ustazah Siti Samihah binti Abdullah, pemarkahan bagi acara ini dinilai dari segi kekreatifan, kekemasan dan kemahiran serta penggunaan bahan (botol, kotak dan kertas) yang diberi. Para kontinjen juga dibenar menggunakan bahan tambahan yang dibawa atas inisiatif masing-masing. Dia juga menekankan tujuan acara yang dipertandingkan ini bukanlah mencari pemenang tetapi mengeratkan ukhuwah bersempena konsep ‘Hari Keluarga’ dan mencungkil bakat ahli.
Tepat jam 10.15 pagi, acara Khat dipertandingkan seusai sahaja pertandingan Rekacipta Syaqah PMRAM. Turut dipertandingkan, acara Debat Ala Parlimen yang diselang-selikan dengan acara Pantun . Antara usul yang dipertandingkan ialah “Politik Kampus Menjadikan Mahasiswa Lebih Berintegriti”. Debat saringan pertama pada sesi pagi menyaksikan kontinjen Mansurah dan Wilayah Persekutuan layak ke saringan seterusnya yang akan berlangsung pada esok hari. Manakala acara pantun pula membawa kontinjen Iskandariah, Selangor dan Pulau Pinang ke saringan kedua yang juga akan berlangsung pada esok hari dengan kemenangan tanpa bertanding dicapai oleh kontinjen Selangor dan Penang.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment