Iklan Pertandingan Motosikal Tercantik
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Satu pertandingan menarik bakal diadakan oleh Unit Pameran KEKAL '10 iaitu Pertandingan Motosikal Tercantik. Idea ini berasal daripada cadangan unit berkenaan yang merancang untuk mengadakan Pameran Motosikal. Walau bagaimanapun ia digubah bagi memeriahkan suasana Pameran KEKAL '10 sempena PMHK pada tahun ini.
Kriteria pemarkahan dikira dari sudut berikut:
- Kekemasan
- Kekreatifan
- Bertemakan 80 tahun PMRAM dan kemerdekaan
- Terbuka kepada umum.
- Yuran penyertaan sebanyak LE5 sahaja.
- Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila muat turun borang di blog ini. Isi borang berkenaan dan hantarkan ke Pejabat PMRAM.
- Peserta perlu memastikan borang berkenaan dicop dengan cop rasmi PMRAM ketika menghantarnya.
- Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 30 Julai 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- Eksekutif Pameran 1: Hafiz Hj Samsuri (011-627 6731)
- Eksekutif Pameran 2: Muhammad Firdaous (014-8131261)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment