Iklan Pertandingan Motosikal Tercantik
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Satu pertandingan menarik bakal diadakan oleh Unit Pameran KEKAL '10 iaitu Pertandingan Motosikal Tercantik. Idea ini berasal daripada cadangan unit berkenaan yang merancang untuk mengadakan Pameran Motosikal. Walau bagaimanapun ia digubah bagi memeriahkan suasana Pameran KEKAL '10 sempena PMHK pada tahun ini.
Kriteria pemarkahan dikira dari sudut berikut:
- Kekemasan
- Kekreatifan
- Bertemakan 80 tahun PMRAM dan kemerdekaan
Kalam Pengarah KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Kalam pimpinanAssalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam yang maha Agung, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang melimpah-melimpah kepada makhluk-Nya serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Pameran KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Pameran merupakan salah satu medium untuk mencapai maklumat secara langsung daripada sesuatu badan. Justeru anda digalakkan agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi gerai-gerai pameran yang bakal berlangsung sewaktu KEKAL '10 bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-53.
Antara pameran menarik yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1. PMRAM dan unit-unit dalam PMRAM
Antara pameran menarik yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1. PMRAM dan unit-unit dalam PMRAM
- Pesat, ARMA dan Unit Dana Apartmen.
- Unit Biah Solehah, Unit Bait Muslim dan Unit Hisbah.
- MAP (Mini-Pavilion) & Unit Kemanusiaan.
- Al-Fityan, UPU dan PMC.
- SWAD
Syarat-syarat penender gerai bazar
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh urusetia bazar bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil tender adalah seperti berikut:
- Tender gerai adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Mesir dan juga kepada rakyat selain Malaysia.
- Tarikh berlangsungnya Bazar KEKAL 2010 ini pada 3hb hingga 5hb Ogos 2010.
- Waktu urusniaga bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam.
- Sewa bagi satu tender ialah :
| Ahli PMRAM : LE 90 | Bukan ahli PMRAM : LE 100 |
- Bayaran sewa hendaklah dijelaskan ketika menghantar borang tender gerai jualan.
- Setiap penender berhak menjual satu menu berat (apa-apa jenis lauk nasi), satu menu sederhana dan dua menu ringan (selain nasi). Menu tidak dibenarkan sama di antara penender-penender. Ketetapan menu adalah bergantung kepada budi bicara Pengarah Bazar dan berdasarkan borang yang dihantar lebih awal.
Pertandingan logo KEKAL '10
Labels: (2010) KEKAL '10 - Iklan
Syarat-syarat penyertaan ada seperti berikut:
- Penyertaan terbuka kepada umum.
- Bertemakan kemerdekaaan dan kesatuan.
- Mempunyai simbol yang melambangkan 80 tahun PMRAM.
- Saiz logo standard A4.
- Mestilah menggunakan software tertentu.
- Resolution 300.
- Dihantar dalam bentuk softcopy kepada:
| alazhari_tantawi@yahoo.com bagi ikhwah | axie_ana@yahoo.com.my bagi akhawat
- Warna adalah bebas (mengikut kreativiti peserta).
- Disertakan dengan biodata diri dan penerangan logo.
- Tarikh tutup 22 Julai 2010. Keputusan hakim adalah muktamad.
Subscribe to:
Posts (Atom)